Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
u mobile u23 u35

U Mobile Hadir Dengan Pelan 5G Prabayar Baharu Serendah RM20 Sebulan

Diterbitkan Februari 23, 2022 · Dikemas kini Februari 23, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

U Mobile hari ini memperkenal dua pelan prabayar baharu daripada mereka iaitu U25 dan U35 yang sedia menyokong rangkaian 5G apabila ia dilancarkan kelak.

Untuk pelan U25, harga sebenarnya ialah RM25 namun kini U Mobile mengadakan promosi dengan menawarkannya pada harga RM20. Ia datang panggilan tanpa had bersama internet tanpa had berkelajuan 3Mbps.

Bagi pelan U35 yang berhaga RM35 pula, ia juga mempunyai panggilan tanpa had namun kelajuan internet tanpa hadnya ialah 6Mbps bersama kuota hotspot 3GB.

u25 u35 umobile

Mengetahui sifat U Mobile, tanpa disangka, pelan kali ini hadir dengan FUP (fair usage policy) di mana kelajuannya akan diturunkan ke 512kbps setelah mencapai kuota iaitu 30GB untuk U25 dan 100GB untuk U35.

Bagaimanapun, kedua-dua pelan ini disertakan booster kelajuan, iaitu peningkatan kelajuan data selama 1 jam setiap hari. Untuk memanfaatkannya, pelanggan perlu menuntutnya setiap hari melalui aplikasi MyUMobile.

Pek simnya yang berharga RM10 mempunyai RM6 kredit bersama data berkelajuan tinggi sebanyak 1GB.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pelan ini, anda boleh ke laman web U Mobile.

Sumber: Siaran Akhbar U Mobile

Baca juga:

  • 5G: Celcom, Maxis, Digi Dan U Mobile Mahu Bergerak Sebagai Konsortium Bagi Penawaran 5G Di Malaysia
  • Opensignal: Selepas Ada 5G, ’Ranking’ Kelajuan Internet Malaysia Dan Singapura Sama-Sama Jatuh
  • Tak Semua Telefon Sesuai Guna 5G DNB Buat Masa Ini, Termasuk iPhone

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY