Ini 5 'Soundbar' Bajet Bawah RM300

Peranti bernama "soundbar" secara asasnya ialah unit pembesar suara yang digabungkan dalam satu bekas yang berbentuk segi empat tepat atau rectangle. Meletakannya di mana-mana lokasi pun mudah dan kena dengan suasana.

Ia semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna kerana ia ringkas, datang dalam satu bongkah saja tanpa banyak peralatan lain lantas memudahkahkan dibawa ke mana-mana.

Selain itu, ruang diambil juga sedikit dek kerana bentuknya yang memanjang seakan-akan pil. Walaupun tidak dapat menandingi speaker dengan subwoofer tetapi kepuasan penggunaan biasa sangatlah mencukupi.

Video latar: Consumer Buddy

{snap}

Redmi Soundbar (RM130-RM160)




Dengan kuasa 30W, ia menyokong sambungan Bluetooth 5.0, AUX dan SPDIF. Beratnya pula 1.5kg dengan dimensi 780mm x 64mm x 63mm. Untuk respons frekuensi, ia boleh mencakupi dari 80Hz hinggalah 20,000Hz.

Jika anda ada bajet lebih besar, saya sarankan ambil soundbar Xiaomi kerana setelah mencuba kedua-duanya, ternyata pembesar suara Xiaomi lebih bagus selain hadir dengan butang yang lebih selesa ditekan.

Namun, ada pekedai berkata ia tidak menyokong TV Sony. Biasanya, plug pada soundbar Xiaomi dan Redmi ini adalah untuk pasaran China jadi jangan lupa untuk minta/beli converter atau adapter.

Ia dijual pada harga lazimnya serendah RM118.

Beli Redmi Soundbar di Shopee

Beli Redmi Soundbar di Lazada

{snap}

Edifier MF200 (RM199)




Jenama audio terkenal ini tidak ketinggalan dalam menawarkan soundbar dengan harga marhaen. Ia mampu disambungkan melalui Bluetooth 5.0, AUX 3.5mm dan USB-C sound card.

Pembesar suara ini mempunyai saiz driver 36mm dan mempunyai dua pembesar suara (4W+4W). Dari segi rekaan, secara peribadi ia tidak menarik. Tapi pada harga RM199, okaylah kan?

Dimensinya ialah 293mm x 45mm x 53mm dan seberat 0.5kg. Baterinya sebesar 2200mAH, jadi boleh digunakan tanpa disambungkan pada soket plug. Ia boleh memainkan muzik selama 10 jam sekali cas.

Melalui maklum balas di Shopee, kualiti audio agak baik tetapi memang tidak sesuai jika anda "berkepala bass".

Beli Edifier MF200 di Shopee

Beli Edifier MF200 di Lazada

{snap}

Xiaomi Soundbar (RM230-RM260)




Peranti 28W daripada Xiaomi ini boleh disambungkan dengan Bluetooth 4.2, AUX, SPDIF, optikal dan HDMI. Ia mempunyai berat 1.9kg.

Pada bahagian hadapan yang mengeluarkan bunyi, ia dilengkapi fabrik menutup 8 unit lubang speaker. Peranti ini tersedia dalam 2 warna iaitu hitam dan putih.

Ia mencakupi respons frekuensi 50Hz - 25,000Hz. Dalaman pembesar suara ini dimuatkan dengan 2 unit woofer, 4 unit passive radiator untuk bass, 2 unit dome tweeter untuk treble.

Ia boleh didapati daripada RM229 hingga RM260. Untuk spesifikasi penuh, anda boleh ke laman web Xiaomi.

Beli Xiaomi Soundbar di Shopee

Beli Xiaomi Soundbar di Lazada

 

{snap}

Sharp Wireless Bluetooth Sound Bar HT-SB115 (RM249-RM259)




Melalui maklum balas di Shopee, ramai mengatakan mereka berpuas hati dengan soundbar ini. Dengan kuasa setinggi 30W, ia menyokong sambungan Bluetooth, HDMI ARC, optikal digital.

Untuk saiz tubuh, ia berdimensi 102 x 14 x 12mm dan hanya terdapat dalam warna hitam. Butang-butangnya terletak di hadapan iaitu pada jeriji logam.

Menariknya, ia juga disertakan alat kawalan jauh. Soundbar ini dijual sekitar RM250. Kami dapati laman rasmi Sharp tidak menyediakan butiran terperinci.

Jadi, anda boleh sahkannya dengan penjual di Shopee/Lazada sendiri.

Beli di Shopee (RM249)

Beli di Lazada (RM259)

{snap}

Panasonic Sound Bar SC-HTB100 (RM239-RM429)




Jarang-jarang jenama ini memasuki senarai kami namun ia agak dekat dengan pengguna tempatan kerana variasi barangan elektronik dikeluarkannya.

Pembesar suara ini hadir dengan sistem stereo 45W (bukan 120W) dan boleh disambungkan melalui HDMI ARC, USB, Bluetooth dan, port 3.5mm dan optikal.

Ia mempunyai dimensi 762mm x 58mm x 68mm dan berat 1.5kg. Bagi bass, ia mempunyai ciri Bass Reflex Port yang katanya menekankan nada lebih dalam ketika runut filem dimain terutamanya.

Dari segi harga, bermacam-macam harga kami temui daripada RM239 hinggalah lebih RM429. Tidak pasti apakah modelnya berbeza namun laman web Panasonic secara rasmi menjualnya pada RM429.

Untuk spesifikasi lanjut, sila ke laman web Panasonic atau hubungi penjual di Shopee.

Beli di Shopee (RM239)