Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
featured media sosial

Sekatan Akses Akaun Media Sosial Bagi Kanak-Kanak Dijangka Hujung Jun – Fahmi

Diterbitkan April 17, 2026 · Dikemas kini April 17, 2026 oleh Amalina Athman

Kerajaan akan melaksanakan sekatan akses akaun media sosial bagi kanak-kanak bawah 16 tahun sebagai langkah memperkukuh perlindungan dalam talian.

Memetik laporan Bernama, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata sekatan akses itu dijangka dilaksanakan hujung Jun ini, tertakluk kepada penelitian akhir.

“MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) sedang melakukan regulatory sandbox (medan uji) dengan platform media sosial untuk mengenal pasti mekanisme yang pada waktu ini dilaksanakan oleh penyedia platform..Sekarang dalam proses meneliti dan mereka (MCMC) akan bawa kepada perhatian saya, mungkin dalam seminggu yang akan datang. Kemudian kita akan putuskan, kita harap akan dapat laksanakan sekatan ini mungkin Jun atau Julai ini,” katanya.

Fahmi berkata MCMC telah mengadakan perbincangan mendalam mengenai pelaksanaan sekatan itu dengan platform media sosial di Singapura pada Jumaat lepas.

Beliau berkata beberapa platform media sosial telah menyatakan kesediaan untuk melaksanakan sekatan tersebut dan hasil perbincangan lanjut akan dibentangkan dalam masa terdekat sebelum keputusan dimuktamadkan.

Fahmi sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan sedang melaksanakan medan uji bersama platform media sosial untuk mengenakan sekatan umur 16 tahun bagi pendaftaran akaun baharu.

Beliau berkata pendekatan Malaysia berbeza daripada Model Age Assurance yang digunakan di Australia, dengan Malaysia akan memanfaatkan perundangan khusus mengenai MyKad sebagai elemen keselamatan tambahan untuk pengesahan identiti dan umur pengguna.

Sekatan akses media sosial terhadap kanak-kanak kini semakin meluas ke seluruh dunia, selepas Australia mengambil langkah melarang pengguna di bawah usia 16 tahun pada Disember lepas, berikutan kesan negatif platform itu terhadap golongan muda.

Berkaitan

  • Pelaksanaan eKYC Untuk Akaun Media Sosial Dijangka Akhir Suku Kedua 2026 - Fahmi
  • Australia Kuat Kuasakan Larangan Akaun Media Sosial Pengguna Bawah 16 Tahun
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Larangan Media Sosial Bawah 16 Tahun Di Indonesia Mula Berkuat Kuasa

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
©2026 WISER.MY