Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelaksanaan eKYC Untuk Akaun Media Sosial Dijangka Akhir Suku Kedua 2026 – Fahmi

Malaysia Laksana Proses ‘Sandbox’ Platform Media Sosial Mulai 1 Januari – Fahmi

Diterbitkan Disember 29, 2025 oleh Amalina Athman

Kerajaan akan melaksanakan program percubaan kawal selia atau ‘sandbox’ bermula pada 1 Januari tahun depan untuk menilai mekanisme perlindungan kanak-kanak dan keselamatan pengguna dalam ruang digital sebelum dikuatkuasakan secara menyeluruh.

Memetik laporan Bernama, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata pendekatan itu akan melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta beberapa platform media sosial yang dikenal pasti.

Langkah itu memberikan ruang kepada kerajaan dan penyedia platform untuk menilai keupayaan teknikal sedia ada serta menguji mekanisme kawal selia secara terkawal.

Sandbox merujuk kepada satu kerangka ujian kawal selia yang lazim digunakan dalam sektor teknologi dan digital, dengan pihak berkepentingan dibenarkan menguji pendekatan, mekanisme atau teknologi baharu dalam persekitaran terkawal sebelum pelaksanaan penuh.

Melalui proses ini, pengawal selia dapat menilai keberkesanan, risiko serta implikasi pelaksanaan sesuatu dasar, manakala pihak industri pula diberi ruang untuk menyesuaikan keupayaan teknikal dan operasi mereka selaras dengan keperluan perundangan.

“Pendekatan kita bukan semata-mata mengarahkan. Kita mengundang semua platform untuk berada di dalam satu ruang, yang dalam bidang teknologi disebut sebagai sandbox, bagi memadankan objektif kerajaan dengan keupayaan dan alat yang ada pada platform,” katanya kepada Bernama.

Menurut Fahmi, program percubaan itu akan berlangsung selama beberapa bulan bagi memastikan sebarang langkah yang diperkenalkan benar-benar berkesan dan tidak mudah dimanipulasi, khususnya dalam usaha melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian.

Mengulas langkah Australia yang melarang penggunaan media sosial kepada kanak-kanak bawah 16 tahun, Fahmi berkata Malaysia tidak bercadang mengambil pendekatan sama, sebaliknya memilih kaedah yang lebih sesuai dengan konteks tempatan.

Kerajaan cenderung kepada mekanisme pengesahan umur (age verification), yang dicadangkan oleh pihak platform, berbanding jaminan umur (age assurance) seperti di Australia kerana langkah itu lebih jelas dari segi pelaksanaan dan penguatkuasaan, selain memastikan privasi pengguna terus dilindungi.

“Saya menerima surat daripada pengarah serantau Facebook yang menyatakan bahawa beliau sangat terbuka dan secara rasmi Facebook bersedia membantu melakukan pengesahan umur menggunakan dokumen yang dikeluarkan kerajaan. Jadi, idea itu bukan datang daripada saya sebenarnya, tetapi daripada Facebook ..Kami mungkin akan mengambil langkah sebegitu.”

Pelaksanaan sandbox itu memberikan masa dan ruang kepada kedua-dua pihak, iaitu kerajaan dan platform, untuk menilai keberkesanan mekanisme dan menutup kelemahan sistem sebelum diperluas kepada orang awam.

Beliau menambah bahawa jika satu cara tidak berhasil, pihak kerajaan akan melihat pilihan lain bagi memastikan isu yang timbul dapat diuruskan dengan lebih baik.

Malaysia turut menjadikan pengalaman negara lain, termasuk Australia dan Denmark, sebagai rujukan. Namun, dasar dan pelaksanaan akan dibentuk mengikut konteks tempatan.

Berkaitan

  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • Pelaksanaan eKYC Untuk Akaun Media Sosial Dijangka Akhir Suku Kedua 2026 - Fahmi
  • Australia Kuat Kuasakan Larangan Akaun Media Sosial Pengguna Bawah 16 Tahun
  • Platform Media Sosial Lebih 8 Juta Pengguna Di Malaysia 'Disifatkan Berdaftar' - Berkuat Kuasa 1 Januari 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY