Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyJPJ mydigital ID

Pelaksanaan Penuh Log Masuk Tunggal MyJPJ Guna MyDigital ID Berkuat Kuasa 1 Mei

Diterbitkan April 29, 2026 · Dikemas kini April 29, 2026 oleh Amalina Athman

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan melaksanakan sepenuhnya sistem log masuk tunggal (single sign-on) aplikasi pintar MyJPJ menggunakan MyDigital ID berkuat kuasa 1 Mei 2026.

Menurut JPJ, pelaksanaan ini adalah sebahagian daripada inisiatif pendigitalan perkhidmatan awam yang bertujuan memperkukuh tahap keselamatan siber, memperkemas sistem penyampaian serta memudahkan akses pengguna melalui satu identiti digital yang sah dan diiktiraf.

Dengan perubahan ini, pengguna hanya perlu menggunakan MyDigital ID sebagai kaedah pengesahan utama untuk mengakses aplikasi MyJPJ.

Sehubungan itu, semua pengguna MyJPJ yang berumur 12 tahun ke atas digalakkan untuk mendaftar dan mengaktifkan MyDigital ID selaras dengan pelaksanaan penuh sistem ini. Bagi pemegang MyPR, kaedah log masuk sedia ada akan terus disediakan melalui saluran alternatif yang ditetapkan.

Untuk rekod, pelaksanaan log masuk tunggal aplikasi MyJPJ menggunakan MyDigital ID sebelum ini pernah ditangguhkan beberapa kali sebelum kini disahkan akan dikuatkuasakan sepenuhnya bermula bulan depan.

Berkaitan

  • Cara Daftar MyDigital ID Secara Dalam Talian
  • Log Masuk Tunggal MyJPJ Dengan MyDigital ID Dilanjutkan Lagi, Kini 1 Mei 2026
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Aplikasi MyJPJ Kini Berwajah Baru - Lebih Moden, Mesra Pengguna

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY