Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SPY×FAMILY Bakal Beraksi Dalam PUBG MOBILE

Pelajar UiTM Kini Berpeluang Ke Liga Profesional PUBG MOBILE

Diterbitkan April 17, 2026 oleh ariff bukhari

PUBG MOBILE dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membuka laluan baharu kepada pembangunan bakat e-sukan dan digital di Malaysia.

Kerjasama ini melibatkan rangkaian kampus UiTM seluruh negara dengan menawarkan peluang kepada pelajar dalam bidang akademik, latihan industri, penyelidikan serta penganjuran kejohanan e-sukan kampus.

PUBGM X UiTM Mou Signing KV

Pada masa hadapan, kerjasama ini akan memperkenalkan kejohanan kampus PUBG MOBILE di seluruh rangkaian UiTM, yang memberi peluang kepada pelajar untuk bersaing secara meluas dan berpotensi meraih tempat ke liga e-sukan profesional.

Melalui inisiatif ini juga, pelajar UiTM berpeluang membina kemahiran kompetitif dan kreatif, khususnya dalam bidang permainan, pengurusan produk dan media digital.

PUBG MOBILE dan UiTM turut merancang simposium, kursus jangka pendek serta kempen pencipta kandungan bagi memperkasa pelajar dalam ekosistem digital.

“MoU ini hanyalah permulaan; kami melihatnya sebagai langkah asas kepada pelbagai inisiatif jangka panjang yang akan memperkasakan pelajar untuk membangunkan kemahiran berharga, menzahirkan kreativiti, serta mengubah minat mereka menjadi kerjaya mampan dalam ekonomi digital,” Ashley Phuah, Pengurus Produk PUBG MOBILE Malaysia.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Sony Lancar DualSense PS5 Tema James Bond, Tempahan Dibuka Bermula 17 April Ini
  • Rockstar Games Sahkan Data Tertiris, Tiada Kesan Kepada Pemain
  • Pelajar UiTM Kini Berpeluang Ke Liga Profesional PUBG MOBILE

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY