Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rockstar Games_

Rockstar Games Sahkan Data Tertiris, Tiada Kesan Kepada Pemain

Diterbitkan April 13, 2026 · Dikemas kini April 13, 2026 oleh Amalina Athman

Rockstar Games mengesahkan sebahagian kecil datanya telah terjejas susulan serangan siber yang melibatkan penyedia perkhidmatan pihak ketiga.

Menurut laporan Cybersec Guru dan Hackread, pada 11 April lalu, kumpulan penggodam ShinyHunters mendakwa telah mendapat akses kepada data Rockstar melalui perkhidmatan Anodot yang disambungkan ke sistem Snowflake, sebuah platform penyimpanan data awan popular yang digunakan oleh kebanyakan syarikat besar.

Kumpulan itu menuntut wang tebusan dan memberi tempoh sehingga 14 April 2026 untuk Rockstar memberikan respons, atau sebaliknya data tersebut akan dibocorkan.

Bagaimanapun, Rockstar kini mengesahkan data yang terjejas adalah terhad dan insiden tersebut tidak memberi kesan kepada organisasi atau pemain.

“Kami boleh mengesahkan bahawa sejumlah kecil maklumat syarikat (non-material) telah diakses akibat pelanggaran data pihak ketiga. Insiden ini tidak memberi sebarang kesan kepada organisasi kami atau para pemain,” kata Rockstar dalam kenyataan kepada Kotaku.

Tidak jelas jenis data yang terjejas, namun insiden ini dipercayai lebih tertumpu kepada data korporat seperti rekod kewangan, bahan pemasaran atau kontrak perniagaan. Tiada petanda yang menunjukkan data peribadi pemain, akaun permainan atau maklumat sensitif pengguna telah diakses

Ini bukan kali pertama Rockstar menjadi mangsa penggodaman berprofil tinggi. Pada tahun 2022, kumpulan Lapsus$ membocorkan puluhan video awal permainan Grand Theft Auto VI ke Internet.

Serangan itu dilakukan oleh seorang remaja dari United Kingdom yang berjaya mengakses sistem perbualan dalaman syarikat. Remaja itu kemudian disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman perintah hospital tanpa had.

Berkaitan

  • GTA 6 Digelar 'AAAAA Game' Pertama Dalam Industri
  • GTA 6 Sekali Lagi Ditangguhkan, Kini Dijadual November 2026
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY