Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Latihan Semikonduktor Percuma Kembali, Terima Elaun Sehingga RM10,000

Latihan Semikonduktor Percuma Kembali, Terima Elaun Sehingga RM10,000

Diterbitkan Februari 9, 2026 · Dikemas kini Februari 9, 2026 oleh ariff bukhari

EXCO Pelaburan Selangor Ng Sze Han minggu lalu memaklumkan, Kerajaan Selangor kini kembali mempelawa individu yang sedang mencari peluang pekerjaan untuk menyertai industri semikonduktor menerusi program latihan percuma bernilai sehingga RM10,000.

Inisiatif anjuran Advanced Semiconductor Academy of Malaysia (ASEM) milik Kerajaan Selangor ini bertujuan melahirkan tenaga mahir tempatan dalam bidang berimpak tinggi sejajar aspirasi menjadikan Malaysia hab reka bentuk cip bertaraf dunia.

Kesemua pelajar yang menyertai program ASEM layak menerima biasiswa penuh yang ditaja oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Tawaran ini terbuka kepada graduan yang tidak bekerja dan berumur di bawah 30 tahun di mana mereka yang terpilih turut diberi elaun sehingga RM10,000.

Latihan Semikonduktor Percuma Kembali, Terima Elaun Sehingga RM10,000

Kursus yang ditawar adalah dalam bidang Reka Bentuk dan Sistem Terbenam (Embedded System) melibatkan kursus secara atas talian dan kelas fizikal yang diadakan di kampus ASEM di Cyberjaya.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh layari laman rasmi ASEM – Malaysia’s #1 Semiconductor Academy untuk mengetahui dengan lebih lanjut kursus-kursus yang ditawarkan, syarat kelayakan, tempoh kursus serta cara pendaftaran untuk menyertainya.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Lambakan ‘AI Slop’ Di Internet Membimbangkan
  • Pusat Data AI 200MW Berskala Besar Mesra Alam Akan Dibina Di Cyberjaya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY