Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok Uji Pelan Langganan Berbayar Tanpa Iklan

Pekerja TikTok Di Malaysia Dan UK Tergugat Dengan Gelombang AI

Diterbitkan Ogos 25, 2025 · Dikemas kini Ogos 25, 2025 oleh ariff bukhari

TikTok akan menstruktur semula operasi trust & safety di UK, yang boleh menyebabkan ratusan pekerjaan moderator kandungan terjejas.

Langkah yang diumumkan plaform itu adalah sebahagian daripada peralihan global ke arah moderasi berasaskan AI, termasuk di Asia Tenggara seperti Malaysia.

“Kami sedang meneruskan penstrukturan yang kami mulakan tahun lalu… menumpukan operasi kami di lebih sedikit lokasi di seluruh dunia,” kata seorang jurucakap TikTok kepada AFP.

TikTok berkata teknologi AI kini sudah menyumbang kepada 85% penghapusan kandungan yang melanggar garis panduan, selain mengurangkan pendedahan moderator kepada kandungan berbahaya.

Namun, kesatuan pekerja memberi amaran bahawa pengurangan moderator manusia dan pergantungan kepada AI yang masih “tidak matang” boleh menjejaskan keselamatan berjuta-juta pengguna.

Walaupun TikTok sebelum ini mengumumkan pelaburan untuk menambah 500 pekerjaan di UK, langkah pengurangan moderator ini menimbulkan kebimbangan baharu.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Idea Dan Ciptaan Terbaik Sepanjang Zaman - Error 404: Page Not Found
  • Ketagihan TikTok Dan Reels Boleh Jadikan Pengguna Abaikan Risiko Kewangan -Kajian

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY