Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ketagihan TikTok Dan Reels Boleh Jadikan Pengguna Abaikan Risiko Kewangan -Kajian

Ketagihan TikTok Dan Reels Boleh Jadikan Pengguna Abaikan Risiko Kewangan -Kajian

Diterbitkan Ogos 15, 2025 oleh ariff bukhari

Satu kajian baharu yang diterbitkan dalam jurnal NeuroImage mendapati, menonton video pendek seperti di TikTok, Instagram Reels dan YouTube Shorts boleh mengubah corak aktiviti otak di mana ia menjadikan pengguna lebih impulsif (tergesa-gesa) dan kurang peka terhadap risiko kewangan.

Penyelidik mengkaji sama ada gejala ketagihan video pendek dikaitkan dengan penurunan “loss aversion” –  kecenderungan memberi lebih berat pada kerugian berbanding keuntungan setara yang biasanya membantu seseorang mengelak tingkah laku berisiko.

Kajian pengimejan otak ini mendedahkan, perubahan tingkah laku tersebut berkait dengan corak aktiviti di bahagian otak yang menilai ganjaran dan mengarahkan tindakan.

Apa yang lebih mengejutkan adalah hasil kajian mengesahkan corak ini wujud dalam ketagihan tingkah laku yang sama seperti ketagihan judi dan alkohol.

Ini menunjukkan, pendedahan berterusan kepada kandungan yang tidak berkesudahan yang menggalakkan penggunaan berulang, menyebabkan keupayaan manusia dalam menilai risiko dan membuat keputusan yang tepat, khususnya dalam hal kewangan menjadi lemah.

Kajian ini sekali gus mendedahkan bahawa penggunaan berlebihan tidak kira apa platform video pendek sekali pun, bukan sahaja boleh menjejaskan proses membuat keputusan tetapi juga meningkatkan kecenderungan kepada tingkah laku ketagihan.

Berdasarkan data terkini, purata seorang pengguna TikTok di seluruh dunia menghabiskan masa mereka di platform itu adalah selama 55 minit 48 saat setiap hari.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Mirip TikTok, Instagram Kini Ada Ciri 'Repost'
  • Rusia Sekat Panggilan Di WhatsApp Dan Telegram, Jejas 100 Juta Pengguna

Sumber: ScienceDirect

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY