Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
6 Kesilapan Yang Sering Pengguna PS5 Lakukan

Konsol PS5 Dan PS4 Antara Yang Banyak Digunakan Untuk Tonton Pornografi

Diterbitkan Disember 13, 2024 oleh Rushsyafizal

Data tahunan terkini menunjukkan bahawa pengguna PlayStation, khususnya PS5 dan PS4, mendominasi trafik dari konsol ke laman web dewasa Pornhub. Malah, ada juga segelintir pengguna PS Vita yang masih menyumbang kepada statistik tersebut, walaupun jumlahnya kecil.

Konsol PS5 Dan PS4 Antara Yang Banyak Digunakan Untuk Tonton Pornografi

Dalam laporan tahun 2024, PlayStation menyumbang sebanyak 95% daripada keseluruhan trafik Pornhub yang datang dari konsol. Penggunaan PS5 melonjak sebanyak 49% berbanding tahun sebelumnya, manakala penggunaan PS4 menunjukkan penurunan sebanyak 16%.

Menariknya, Xbox mengalami penurunan mendadak, dengan trafik dari pengguna konsol tersebut jatuh sehingga 70% sepanjang tahun ini. Data ini menimbulkan banyak persoalan, terutamanya kerana tiada maklumat lanjut tentang sebab di sebalik perbezaan ketara ini.

Satu lagi fakta yang mencuri perhatian ialah kehadiran pengguna PS Vita dalam statistik ini. Walaupun jumlahnya sangat kecil, PS Vita berjaya kekal relevan di kalangan pengguna setia.

Lonjakan PS5 dalam statistik ini mungkin disebabkan peningkatan jumlah pengguna PS5 serta ciri konsol generasi baharu yang menawarkan pengalaman internet yang lebih pantas dan mudah.

Namun, ini juga mencerminkan bagaimana penggunaan konsol kini melangkaui fungsi permainan semata-mata. Dalam perkembangan lain, sekiranya anda pengguna PlayStation, anda sudah boleh mengakses PS Wrap-Up 2024.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Bantuan Subsidi FLYsiswa Dinaikkan Kepada RM400
  • 'The Lord of the Rings' Berharga RM49.99 Ini Sedang Percuma Untuk Masa Terhad
  • WhatsApp Tambah Baik Panggilan Audio Dan Video
  • Google Umum Android XR - Sistem Operasi Untuk Set Kepala, Cermin Mata Pintar

Sumber: pushsquare

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY