Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Akan Padam Data ‘Backup’ Di iCloud Jika iPhone/iPad Anda Masih Jalankan iOS Terdahulu

Apple Disaman $1.2 Bilion Kerana Batalkan Rancangan Pengesanan CSAM Dalam iCloud

Diterbitkan Disember 10, 2024 ยท Dikemas kini Disember 10, 2024 oleh Amalina Athman

Apple berdepan tuntutan mahkamah oleh mangsa penderaan seksual kanak-kanak kerana kegagalannya untuk meneruskan rancangan mengimbas foto iCloud bagi pengesanan Bahan Penderaan Seksual Kanak-Kanak (CSAM), lapor The New York Times.

Difailkan di California Utara, saman itu mewakili kumpulan berpotensi 2,680 mangsa yang menuntut ganti rugi melebihi $1.2 bilion (~RM5.32 bilion).

Ia mendakwa bahawa kegagalan Apple untuk melaksanakan alat keselamatan kanak-kanak yang diumumkan sebelum ini, telah membolehkan kandungan berbahaya terus beredar dan menyebabkan kemudaratan berterusan kepada mangsa.

Untuk rekod, Apple pada 2021 mengumumkan rancangan untuk melaksanakan pengesanan CSAM dalam Photos iCloud, bersama ciri keselamatan kanak-kanak yang lain.

Namun, syarikat itu menerima kritikan hebat daripada penyokong privasi, penyelidik keselamatan dan kumpulan dasar yang berhujah bahawa ia berpotensi mewujudkan “laluan belakang” untuk pengawasan kerajaan, yang akhirnya mendorong Apple menangguhkan dan kemudian membatalkan inisiatif tersebut.

Berbalik kepada konteks, wakil Apple Fred Sainz dalam kenyataannya berkata,

Bahan penderaan seksual kanak-kanak adalah menjijikkan dan kami komited untuk memerangi cara pemangsa meletakkan kanak-kanak dalam risiko. Kami sedang berinovasi dengan segera dan aktif untuk memerangi jenayah ini tanpa menjejaskan keselamatan dan privasi semua pengguna kami. Ciri seperti Communication Safety, contohnya, memberi amaran kepada kanak-kanak apabila mereka menerima atau cuba menghantar kandungan ‘nudity’ untuk membantu memutuskan rantaian paksaan yang membawa kepada penderaan seksual kanak-kanak.

Pada masa yang sama, Apple berkata akan terus memberikan tumpuan mendalam untuk membangunkan perlindungan yang membantu mencegah penyebaran CSAM.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Apple Didakwa 'Diamkan' Pekerja, Pantau Peranti Peribadi
  • $100 Juta Tak Cukup, Indonesia Jangka $1 Bilion Pelaburan Daripada Apple
  • Apple Dilapor Pertimbang Mac Dengan Sokongan Selular

Sumber: engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY