Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telegram Tambah Ciri ‘Download Manager’ Dan Penstriman Langsung

Lebih 15 Juta Saluran Dengan Kandungan Berbahaya Disekat Telegram Sepanjang 2024

Diterbitkan Disember 16, 2024 oleh Rushsyafizal

Telegram, salah satu platform komunikasi popular dunia, telah menerbitkan laporan moderasi kandungan mereka bagi tahun 2024. Menurut laporan tersebut, sehingga 15 Disember, sebanyak 15,578,753 kumpulan dan saluran telah dihalang kerana mengandungi kandungan berbahaya.

Setiap hari, puluhan ribu kumpulan dan saluran ini dikesan melalui laporan pengguna serta sistem automatik Telegram yang memantau pelanggaran terma dan syarat platform.

Daripada jumlah yang disekat, 707,576 saluran melibatkan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM), hasil kerjasama dengan Internet Watch Foundation yang memantau kandungan eksploitasi sebegini secara aktif. Selain itu, sebanyak 130,119 komuniti pro-pengganas turut dihalang, mencerminkan komitmen Telegram terhadap isu keselamatan global.

Tindakan tegas ini adalah susulan kontroversi melibatkan CEO Telegram, Pavel Durov, yang ditahan di Paris tahun ini. Penahanan tersebut berkaitan dakwaan keengganannya bekerjasama dalam beberapa kes jenayah, termasuk penyebaran kandungan pedofilia, penjualan dadah, penipuan atas talian, kegiatan pengganas, dan transaksi haram.

Telegram dilihat semakin meningkatkan usaha menangani kandungan berbahaya, terutama selepas mendapat perhatian pihak berkuasa global. Dengan jumlah komuniti yang disekat meningkat secara mendadak, ini menunjukkan bahawa moderasi kandungan kini menjadi keutamaan utama bagi platform komunikasi ini.

Berkaitan

  • Ini 7 Naik Taraf Baharu Pada HONOR X9c 5G Tapi Harga Masih Sama Macam Dulu
  • Hati-Hati Dengan Gambar Anda Lihat Di Dalam Talian - Ketua Instagram
  • Google Drive Kini Perkenal Ciri 'Enhance' Untuk Pengimbas Dokumen Pada Aplikasi Android
  • HONOR Magic7 Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia 9 Januari 2025
  • Tune Talk Perkenal Pelan Epik+, Bermula RM25/Bulan Untuk 40GB Data

Sumber: Telegram

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY