Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PC Intel Kini Boleh Dibaik Pulih Dari Ketinggian 30,000 Kaki Di Udara

PC Intel Kini Boleh Dibaik Pulih Dari Ketinggian 30,000 Kaki Di Udara

Diterbitkan November 5, 2025 · Dikemas kini November 5, 2025 oleh ariff bukhari

Intel memperkenalkan perkhidmatan vPro Fleet Services berasaskan awan yang kini boleh diakses terus melalui Microsoft Intune.

Intel berkata, platform Intel vPro® adalah yang pertama dalam industri menawarkan pengurusan armada (fleet management) berasaskan cip  secara penuh.

Ini membolehkan pasukan IT mengurus, membaiki dan memantau komputer dari jauh, termasuk apabila PC berada dalam keadaan “tidak boleh boot”, atau sistemnya telah rosak oleh malware, atau bahkan peranti berada di luar pejabat.

Sebagai contoh, platform ini menyelesaikan cabaran besar seperti insiden CrowdStrike 2024, di mana pasukan IT terpaksa menyentuh setiap komputer secara fizikal untuk dipulihkan.

Jadi, dengan antara muka Intune, pengurus IT kini boleh melakukan pemulihan bencana dan pengurusan peranti secara menyeluruh, sama seperti pusat data.

Sebelum ini, vPro memerlukan pelayan khas dan konfigurasi kompleks. Tetapi kini, dengan integrasi Microsoft Intune, proses membaik pulih menjadi lebih pantas dan mudah.

Intel menyifatkan ini sebagai “perubahan terbesar” sejak dua dekad platform vPro diasaskan.

PC Intel Kini Boleh Dibaik Pulih Dari Ketinggian 30,000 Kaki Di Udara

Platform vPro, yang terdapat pada PC perniagaan dengan pemproses Intel Core (termasuk Intel Core Ultra), menyokong keupayaan pengurusan jauh sebagai sebahagian daripada ciri-utama agar pasukan IT boleh mengurangkan keperluan pembaikan fizikal di lokasi.

vPro menawarkan empat teras utama iaitu prestasi, keselamatan terbina, kestabilan dan kebolehurus yang hanya boleh diakses oleh pentadbir IT.

Intel menegaskan bahawa mereka tidak boleh mengakses atau mengurus peranti pelanggan tanpa keizinan di mana hanya pelanggan memegang kunci kriptografi yang diperlukan untuk sambungan selamat.

Intel melaporkan, selepas pelancaran pada September 2025, pelbagai organisasi termasuk hospital, universiti dan agensi kerajaan telah mengaktifkan sistem ini dengan memuji kemudahan dan kecekapan vPro baharu ini.

Anda boleh tonton video di bawah yang menunjukkan bagaimana pasukan IT boleh membaiki PC pekerja secara jarak jauh—walaupun peranti berada 30,000 kaki di udara dan tidak berfungsi.

Teknologi ini beroperasi di peringkat perkakasan, membolehkan akses walaupun sistem operasi gagal atau peranti dimatikan.

https://x.com/intelnews/status/1985764013939044387

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • HPUNIMAS Lancar Klinik Bergerak 5G Dengan Satelit CelcomDigi
  • Aplikasi CelcomDigi Kini Tawar Servis BNPL Patuh Syariah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY