Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ubisoft, AFP

Ubisoft Tubuh Vantage Studios Dengan Sokongan Tencent, Kawal Sepenuhnya Assassin’s Creed, Far Cry & Rainbow Six

Diterbitkan Oktober 2, 2025 oleh Amsyar Latif

Gergasi permainan video Perancis, Ubisoft, mengumumkan pelaksanaan penstrukturan semula besar yang bermula dengan penubuhan subsidiari baharu, Vantage Studios. Studio ini bakal mengendalikan francais blockbuster utama syarikat termasuk Assassin’s Creed, Far Cry dan Rainbow Six.

Unit baharu ini ditubuhkan pada Mac lalu hasil pelaburan bernilai 1.16 bilion euro (RM5.9 bilion) daripada syarikat internet gergasi China, Tencent.

Menurut Ubisoft kepada AFP, Vantage Studios akan diberi autonomi penuh dalam menentukan hala tuju kreatif dan pelan perniagaan bagi francais utama tersebut, walaupun masih kekal sebagai sebahagian daripada Kumpulan Ubisoft.

Dengan nilai syarikat melebihi 4 bilion euro, Vantage Studios kini mengawal IP yang sangat berharga.

Assassin’s Creed sahaja telah menarik lebih 158 juta pemain sejak diperkenalkan. Perjanjian dengan Tencent dijangka selesai hujung tahun ini selepas mendapat kelulusan pihak berkuasa, sekali gus membolehkan Ubisoft melangsaikan sebahagian besar hutangnya.

‘s Creed

Lebih 2,300 kakitangan dari studio Montreal, Quebec, Sherbrooke, Saguenay (Kanada), Barcelona (Sepanyol) dan Sofia (Bulgaria) akan dipindahkan di bawah Vantage Studios.

Nama studio ini dipilih menerusi undian dalaman pekerja, dan akan dikendalikan bersama oleh Charlie Guillemot, anak kepada CEO Ubisoft, Yves Guillemot.

Ubisoft turut merancang menubuhkan lebih banyak “creative houses” untuk mengoptimumkan jenama-jenama besar miliknya. Perincian lanjut mengenai penstrukturan ini akan didedahkan menjelang akhir 2025.

Langkah ini diambil selepas Ubisoft berdepan beberapa isu, termasuk prestasi kewangan suku pertama 2025 yang lebih lemah daripada jangkaan, meskipun pelancaran besar Assassin’s Creed Shadows berjaya mencatat sambutan.

Dalam masa sama, nama Ubisoft turut terpalit kontroversi di Perancis. Ketua Eksekutif Yves Guillemot dijadual hadir ke mahkamah di Bobigny berhubung kes lama membabitkan tiga bekas pengurus yang telah disabitkan kesalahan membuli, gangguan seksual dan cubaan serangan seksual, dengan kes berkenaan mendapat liputan meluas media tempatan. – AFP

Berkaitan

  • Beli Tapi Tak Jadi Hak Milik? Syarat Baharu Ubisoft Cetus Persoalan Pemilikan Digital
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Ulang Tahun ke-30 PlayStation Diraikan Dengan 'Sneakers' Eksklusif Reebok

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY