Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pasukan Malaysia MLBB

Pasukan MLBB Malaysia Juara Dunia Di WEC 2024

Diterbitkan November 16, 2024 oleh Amsyar Latif

Pasukan Mobile Legends Bang-Bang (MLBB) Malaysia hari ini terus mencipta sejarah di mana mereka memenangi Kejohanan Dunia e-sukan (WEC) 2024 di Riyadh, Arab Saudi selepas menundukkan pasukan Filipina 2-0.

Sekali gus, pasukan MLBB Malaysia membawa pulang gelaran juara dan wang kemenangan berjumlah USD70,000 (~RM313,180). Malah, lagu kebangsaan, Negaraku turut kedengaran buat pertama kali di pentas dunia tersebut.

Menariknya, ini merupakan kenangan manis buat mereka kerana terdahulu, pasukan Malaysia tewas 1-2 dengan pasukan Filipina semasa perlawanan peringkat kumpulan.

Pasukan MLBB Malaysia Juara Dunia Di WEC 2024

Pasukan Malaysia dibarisi hampir sepenuhnya pemain Selangor Red Giants (SRG) — Muhammad Haqqullah “Sekys” Ahmad Shahrul Zaman, Hazziq “Stormie” Rizwan, Muhammad “Yums” Suhairi, Ilman “Gojes” Zulkifli dan Ealtond “Loleal” Rayner.

Masa depan e-sukan Malaysia kelihatan cukup baik yang mana SRG telah memenangi MLBB Mid Season Cup (MSC) 2024. Kini, semua akan tertumpu terhadap SRG dalam kejohanan M6 yang bakal berlangsung tidak lama lagi di Malaysia.

WEC 2024 dianjur Persekutuan e-sukan Antarabangsa (IESF), yang berlangsung dari 12 hingga 15 November 2024.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Lebih 10 Tahun Dengan Ekosistem Apple, Ini Pendapat Saya Bila Sebulan Dengan Ekosistem HONOR
  • Sukan SEA 2025 Thailand, Mobile Legends Sah Akan Dipertandingkan

Sumber: siaran media moonton

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
©2026 WISER.MY