Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2024-11-14 103849

Sukan SEA 2025 Thailand, Mobile Legends Sah Akan Dipertandingkan

Diterbitkan November 14, 2024 oleh Rushsyafizal

Mobile Legends Bang Bang (MLBB) telah disahkan sebagai salah satu acara pingat dalam Sukan SEA 2025 di Thailand, sekali lagi membuktikan populariti e-sukan yang semakin meningkat di pentas antarabangsa. Pengesahan ini disebabkan MLBB antara permainan e-sukan yang kerap dipertandingkan. Pada sukan SEA ini akan ada dua kategori utama, iaitu lelaki dan wanita.

Ray Ng, Ketua Ekosistem e-sukan Moonton Games, menyifatkan penganjuran MLBB untuk kali keempat berturut-turut di Sukan SEA sebagai bukti penerimaan global terhadap e-sukan.

Kami sengaja membentuk ekosistem e-sukan yang inklusif dan mudah diakses, agar lebih ramai atlet e-sukan mampu bersaing di peringkat antarabangsa

Prestasi pasukan MLBB pada Sukan SEA Kemboja tahun lepas menunjukkan potensi besar, di mana pasukan lelaki merangkul pingat perak, manakala pasukan wanita memenangi gangsa.

Perkembangan ini semakin terlihat apabila pasukan Selangor Red Giant berjaya untuk memenangi MSC di Riyadh baru-baru ini menewaskan pasukan daripada Filipina yang dianggap tidak terkalahkan.

Sukan SEA 2025 di Thailand akan menjadi platform penting untuk pasukan MLBB negara memburu pingat emas secara tidak langsung menyumbang kepada kutipan pingat kepada negara.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • SoftBank Dan Nvidia Bekerjasama Lakukan Ujian Rintis AI-RAN 5G Pertama Di Dunia
  • Xiaomi Perlihat Fungsi HyperConnect, Mudahkan Kongsi Fail Dengan Ekosistem Apple
  • TikTok Jamin Kerjasama Dengan MCMC, BNM Untuk Tangani Buli Siber Dan Ancaman Scam - PM
  • Selepas 13 Tahun, Apple Akhirnya Lancar Final Cut Pro 11

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY