Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pasport Malaysia Antarabangsa

Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport

Diterbitkan November 2, 2026 ยท Dikemas kini November 2, 2026 oleh Amalina Athman

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kini menawarkan pilihan tempoh sah laku lima atau 10 tahun bagi perkhidmatan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) menerusi sistem MyOnline Passport.

Menerusi perkongsian di Facebook rasminya, Jabatan Imigresen memaklumkan pilihan ini mula ditawarkan kepada pemohon mulai 2 November 2026.

renew pasport malaysia 10 tahun online
Foto: Jabatan Imigresen Malaysia

Sebelum ini, pembaharuan PMA dengan tempoh sah laku 10 tahun hanya boleh dilakukan secara walk-in di pejabat pengeluar pasport. Permohonan menerusi MyOnline Passport pula hanya menyediakan pilihan pasport dengan tempoh sah laku lima tahun.

Dengan perkembangan terbaharu ini, pembaharuan PMA dengan tempoh sah laku 10 tahun tidak lagi terhad kepada permohonan secara walk-in, sebaliknya juga boleh dibuat secara dalam talian.

“Inisiatif ini memberikan lebih fleksibiliti dan kemudahan kepada rakyat Malaysia untuk memilih tempoh sah laku pasport mengikut keperluan masing-masing,” menurut JIM.

Bagi kadar bayaran, PMA dengan tempoh sah laku 10 tahun dikenakan bayaran RM350, manakala pilihan lima tahun kekal pada RM200.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Pasport Malaysia Versi Baharu Dilancarkan - 94 Ciri Keselamatan, Pilihan Tempoh Sah Laku 10 Tahun
  • JIM Henti Pengeluaran Pasport Lebih 10 Tahun Serta-Merta, Ganti Percuma Pasport Terjejas
  • MyKad Generasi Baharu Kini Rasmi - Ini Antara Ciri Keselamatan Baharunya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
©2026 WISER.MY