Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
official MyKad Generasi Baharu_1

MyKad Generasi Baharu Kini Rasmi – Ini Antara Ciri Keselamatan Baharunya

Diterbitkan September 16, 2026 · Dikemas kini September 18, 2026 oleh Amalina Athman

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) secara rasmi kini memperkenalkan MyKad Generasi Baharu, yang membawa pembaharuan dari segi reka bentuk dan ciri keselamatan pada kad pengenalan Malaysia.

Menerusi video pengenalan yang dikongsikan JPN, MyKad Generasi Baharu ini menampilkan 53 ciri keselamatan fizikal yang merangkumi pelbagai elemen pada permukaan dan struktur kad.

official MyKad Generasi Baharu_3

Antaranya ialah Hologram Keselamatan Dinamik yang memaparkan imej tiga dimensi dan berubah mengikut sudut pandangan serta pencahayaan. Kad ini turut mempunyai ciri keselamatan ultraungu (UV) yang menonjolkan elemen keselamatan tertentu dan hanya dapat dilihat di bawah sinaran ultraungu.

official MyKad Generasi Baharu_9

Dari segi binaan, MyKad Generasi Baharu menggunakan lapisan polikarbonat yang lebih tahan terhadap suhu dan bahan kimia. Kad ini turut menampilkan corak Guilloche, iaitu corak keselamatan halus yang membantu menjadikannya lebih sukar dipalsukan.

official MyKad Generasi Baharu_7
Ciri Transparent Window.

Selain itu, terdapat teks mikro, iaitu tulisan halus yang boleh dilihat dengan lebih jelas menggunakan kanta pembesar. MyKad Generasi Baharu juga mempunyai ciri keselamatan lutsinar Transparent Window pada bahagian tertentu kad.

official MyKad Generasi Baharu_6

Pada bahagian belakang MyKad, terdapat Kod QR bagi menyokong keperluan pengesahan dan penguatkuasaan. MyKad Generasi Baharu juga dilengkapi cip NFC yang membolehkan pembacaan secara contact dan contactless, selain cip pemprosesan lanjutan serta cip antara muka dwi fungsi.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/09/16101948/Jabatan_Pendaftaran_Negara______-_PENANTIAN_BERAKHIR._Inilah_wajah_rasmi_MyKad_Generasi_Baharu_sebuah_0T8nsE.mp4

Sementara itu, elemen Touch ’n Go tidak lagi disertakan pada MyKad Generasi Baharu, seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Ketersediaan

Mulai 17 September 2026, sebanyak 40 cawangan JPN yang dilengkapi Pusat Cetakan di seluruh negara akan mula mengeluarkan MyKad Generasi Baharu.

MyKad Generasi ke-7_05
Foto: Jabatan Pendaftaran Negara

Menurut JPN, pengeluaran MyKad di cawangan berkenaan mempunyai tempoh siap pada hari yang sama.

Maklumat lanjut mengenai urusan MyKad Generasi Baharu boleh didapati menerusi portal rasmi JPN di www.jpn.gov.my.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • JPN Perjelas Isu Tular Kemas Kini Alamat MyKad
  • JIM Henti Pengeluaran Pasport Lebih 10 Tahun Serta-Merta, Ganti Percuma Pasport Terjejas
  • MyKad Generasi Baharu Bakal Dilancar 16 September - Mula Dikeluarkan 17 September

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY