Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 – WMO

Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 – WMO

Diterbitkan November 4, 2026 oleh ariff bukhari

Kepekatan gas rumah hijau di atmosfera sekali lagi mencatatkan paras tertinggi dalam sejarah, menurut laporan terbaru oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO).

Peningkatan berterusan ini menandakan dunia semakin menghampiri tahap pemanasan global yang lebih berbahaya, sekali gus memberi kesan kepada cuaca, ekosistem dan kehidupan manusia.

Laporan tersebut menunjukkan bahawa kepekatan karbon dioksida (CO₂), gas rumah hijau utama yang mendorong perubahan iklim bumi telah meningkat sebanyak 3 kali ganda.

 

“Kadar pertumbuhan CO2 telah meningkat tiga kali ganda sejak tahun 1960-an, dengan peningkatan purata tahunan melonjak daripada 0.8 ppm setahun kepada 2.4 ppm setahun dalam dekad antara tahun 2011 hingga 2020. Dari tahun 2024 hingga 2025, purata kepekatan CO2 global meningkat sebanyak 2.8 ppm,  angka yang melebihi purata dekad tersebut, namun sedikit lebih rendah berbanding lonjakan luar biasa yang berlaku pada tahun 2023/2024.

Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 – WMO

Menurut WMO, kadar peningkatan CO₂ kini jauh lebih pantas berbanding beberapa dekad lalu.

Jika pada tahun 1960-an peningkatan tahunan hanya sekitar 0.8 ppm, kadar itu melonjak kepada 2.4 ppm setahun bagi tempoh 2011 hingga 2020.

Keadaan ini membimbangkan kerana karbon dioksida mampu kekal di atmosfera selama berdekad-dekad hingga berabad-abad.

Ini bermakna kesan pemanasan yang berlaku hari ini akan terus dirasai oleh generasi akan datang, walaupun usaha pengurangan pelepasan dipertingkatkan.

Figure4 Contributions
Kepekatan metana dan nitrus oksida turut mencapai rekod baharu. Metana dan Nitrus oksida masing-masing menyumbang kira-kira 16% dan 6% kepada kesan pemanasan terhadap iklim kita yang berpunca daripada gas rumah hijau berjangka hayat panjang.

WMO juga mengingatkan bahawa 11 tahun kebelakangan ini merupakan tempoh paling panas yang pernah direkodkan.

Selain itu, laporan berkenaan menekankan kepentingan memantau gas lain seperti sulfur heksafluorida (SF₆), yang mempunyai kesan pemanasan ribuan kali lebih kuat daripada CO₂, serta risiko kebocoran hidrogen dalam sistem tenaga masa depan.

Kesimpulannya, tanpa usaha pengurangan pelepasan yang lebih agresif dan pantas, trend peningkatan gas rumah hijau akan terus memacu pemanasan global dan mempercepatkan perubahan iklim di seluruh dunia.

Sekali gus memberi kesan langsung terhadap semua hidupan di bumi di masa hadapan.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Norway Mula Tangkap Karbon Dioksida, Tanam 2,600 Meter Di Bawah Dasar Laut
  • Ini 10 Telefon Android Dengan Skor Tertinggi Dalam Ranking Global AnTuTu Oktober 2026
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
©2026 WISER.MY