Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Product Shoot – 37

Ini 10 Telefon Android Dengan Skor Tertinggi Dalam Ranking Global AnTuTu Oktober 2026

Diterbitkan November 3, 2026 ยท Dikemas kini November 3, 2026 oleh ariff bukhari

Platform penanda aras AnTuTu telah mengemas kini senarai prestasi telefon pintar global bagi Oktober 2026 yang memperlihatkan persaingan sengit dalam segmen premium.

Hampir keseluruhan kedudukan tertinggi didominasi cip Snapdragon 8 Elite generasi baharu, dengan HONOR muncul sebagai peneraju keseluruhan.

Malah menerusi model HONOR Magic9 Pro Max, dinobat sebagai telefon Android paling berkuasa dalam ranking dengan mencatat skor lebih daripada 4.53 juta mata.

HONOR Magic9 Pro Max
HONOR Magic9 Pro Max dipacu oleh cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 serta prestasi GPU yang sangat tinggi.

Tempat kedua menjadi milik Red Magic 11 Pro dengan skor 4.33 juta mata, menjadikannya antara pilihan terbaik peranti permainan mudah alih dengan prestasi tinggi.

Di kedudukan ketiga pula ialah POCO F9 Ultra yang mencatat 3.98 juta mata, membuktikan siri POCO terus menawarkan peranti berprestasi pada harga kompetitif.

redmagic 11 pro
Siri REDMAGIC 11 Pro antara telefon pintar Android yang menyokong Snapdragon Sound dengan aptX Lossless
POCO F9 Ultra_1080x1350

iQOO 15 pula berada di tangga keempat dengan 3.89 juta mata, diikuti rapat HONOR WIN di tempat kelima dengan 3.88 juta mata.

Perbezaaan mata yang tidak jauh berbeza dalam ranking AnTuTu ini sekali gus menunjukkan kedua-dua peranti tersebut menawarkan prestasi yang hampir seimbang dalam aspek prestasi CPU, grafik, memori dan pengalaman pengguna.

Ini 10 Telefon Android Dengan Skor Tertinggi Dalam Ranking Global AnTuTu Oktober 2026
10 telefon pintar Android paling berkuasa dalam ranking AnTuTu setakat Oktober 2026.

Jenama lain termasuklah Xiaomi, POCO, OPPO dan OnePlus terus memberi saingan sengit, manakala Samsung masih kekal dalam kelompok 10 terbaik menerusi Galaxy S26 Ultra.

Secara keseluruhan, ranking AnTuTu terbaru ini menunjukkan penguasaan cip Snapdragon dalam pasaran telefon premium.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Ramai Pilih Tangguh Pembelian Baharu
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Wise Naikkan Had e-Wallet Kepada RM50,000, Tertinggi Di Malaysia
  • JPJ Wajibkan Pengguna Kemas Kini Maklumat Profil, Persediaan Untuk Ciri Digital Baharu
  • Signal Tambah Perlindungan Skrin Untuk Hadkan Akses Pembantu AI Seperti Gemini, Siri AI
  • CARSOME Premium Dilancar, Kereta Terpakai BMW Dan Mercedes-Benz Dengan Waranti Sehingga 5 Tahun
  • Pengesahan Pembangun Android Diperluas Ke Seluruh Dunia, Pelaksanaan Bermula Januari 2027
  • MyCERT Kesan Scam Bantuan Laptop Percuma, Laman STR Palsu - Akaun Telegram Jadi Sasaran
  • Jenama Telefon Terkini Dengan Android Asli
  • YTL Nafi Dakwaan Pusat Data Bantu Pemindahan GPU Nvidia Kepada Pelanggan China
©2026 WISER.MY