Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘s_storagetanks_YARA (8 van 20)

Norway Mula Tangkap Karbon Dioksida, Tanam 2,600 Meter Di Bawah Dasar Laut

Diterbitkan September 8, 2026 · Dikemas kini September 8, 2026 oleh ariff bukhari

Kumpulan bahan kimia Norway, Yara, pada Isnin menyatakan bahawa mereka telah mula menangkap sebahagian daripada pelepasan CO2 (karbon dioksida) di kilang mereka di Belanda, dengan harapan untuk membuktikan kebolehlaksanaan teknologi tersebut bagi mengurangkan pelepasan industri.

Perdana Menteri dari kedua-dua buah negara turut hadir untuk merasmikan projek yang dinamakan oleh Yara sebagai fasiliti penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) industri terbesar di Eropah.

Kilang ammonia dan baja itu bakal menangkap 800,000 tan CO2 setahun, atau sekitar 0.5 peratus daripada jumlah keseluruhan pelepasan tahunan Belanda, sebelum mencecairkannya untuk dihantar menggunakan kapal ke Norway.

Norway Mula Tangkap Karbon Dioksida, Tanam 2,600 Meter Di Bawah Dasar Laut
CO2 yang ditangkap kemudiannya akan ditukar menjadi cecair dan disimpan ke dalam tangki putih ini sebelum ia dipindahkan ke kapal untuk ditanam di bawah dasar laut.

Di sana, ia akan disuntik ke dalam akuifer kira-kira 2,600 meter (8,500 kaki) di bawah dasar laut berhampiran pantai barat Norway, sebagai sebahagian daripada projek Northern Lights yang mula beroperasi tahun lepas.

 

“Fasiliti penangkapan karbon di Sluiskil membuktikan bahawa penyahkarbonan industri berskala besar adalah wujud dan boleh dilaksanakan hari ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Yara, Svein Tore Holsether, dalam satu kenyataan.

Teknologi penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) telah disenaraikan sebagai alat menangani krisis iklim oleh Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim (IPCC) PBB dan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), terutamanya bagi mengurangkan jejak CO2 dalam industri yang sukar dinyahkarbonkan seperti simen dan keluli.

Walau bagaimanapun, teknologi ini adalah rumit dan mahal.

Ia selalunya lebih menguntungkan syarikat industri untuk membeli “permit pencemaran” di pasaran karbon Eropah berbanding membayar kos menangkap serta menyimpan CO2 mereka.

Setakat ini, projek Northern Lights hanya menandatangani kontrak dengan beberapa buah syarikat sahaja.

Ia mempunyai kapasiti penyimpanan CO2 tahunan sebanyak 1.5 juta tan, yang dijangka meningkat kepada lima juta tan menjelang akhir dekad ini.

 

“Ini merupakan jenis projek yang betul-betul diperlukan oleh Eropah bagi menggabungkan aspirasi iklim dengan asas industri yang kukuh serta berdaya tahan,” kata Pesuruhjaya Iklim EU, Wopke Hoekstra, dalam kenyataan tersebut.

– AFP

Berkaitan

  • Tenaga Solar Bantu Pelepasan CO₂ China Kekal Mendatar
  • Disebalik Lonjakan EV, Loji Arang Batu Bertambah Di China
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Pusat Data Bebaskan 286 Juta Tan CO2 Pada 2025, Lebih Daripada Jangkaan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY