Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
myr currency_

Paparan Tukaran MYR Secara Terus Kini Kembali Tersedia Di Google

Diterbitkan April 18, 2025 · Dikemas kini April 18, 2025 oleh Amalina Athman

Google kini kembali memaparkan kadar tukaran mata wang ringgit Malaysia (MYR) secara terus melalui hasil carian utama di Google Search.

Untuk rekod, fungsi ini telah dihentikan sekitar setahun lalu, di mana paparan kadar tukaran MYR yang dijana oleh Google Finance tidak lagi tersedia. Sebaliknya, pengguna hanya diberikan pautan ke laman web pihak ketiga seperti Forbes, XE, Wise dan lain-lain bagi mendapatkan maklumat tersebut.

Pada ketika itu, sebagai alternatif, pengguna terpaksa memilih mata wang lain terlebih dahulu sebelum dapat memilih dan membuat tukaran melibatkan ringgit – menjadikan proses tersebut agak rumit dan kurang efisien.

Kini, dengan fungsi ini kembali diaktifkan, pengguna boleh melakukan penukaran secara terus seperti biasa.

Paparan Tukaran MYR Secara Terus Kini Kembali Tersedia Di Google

Sebagai contoh, pengguna hanya perlu taip carian seperti “1000 MYR to USD” atau “1000 MYR to THB”, dan kadar tukaran akan terus dipaparkan di halaman utama Google Search – tanpa perlu klik ke laman web lain.

Berkaitan

  • Tindakan Google Nyahaktif Paparan Tukaran MYR Bukan Arahan Mana-Mana Pihak - Fahmi
  • Paparan Tukaran Mata Wang Ringgit Akan Kembali Di Google Search
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Google Naikkan Keperluan Minimum Storan, RAM Untuk Peranti Android

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY