Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Paparan Tukaran Mata Wang Ringgit Akan Kembali Di Google Search

Paparan Tukaran Mata Wang Ringgit Akan Kembali Di Google Search

Diterbitkan Ogos 15, 2024 · Dikemas kini Ogos 15, 2024 oleh Amalina Athman

Sudah beberapa bulan sejak Google mengalih keluar kadar tukaran mata wang ringgit (MYR) daripada Google Search. Dalam perkembangan terbaru, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memaklumkan paparan tersebut akan kembali ke enjin carian popular itu.

Dalam siaran di platform X, Fahmi berkata pihak Google menjelaskan mereka masih menjalankan ujian dengan pembekal data pertukaran asing (FX) yang diperakui, dan akan mengembalikan widget itu apabila yakin kesilapan data tidak akan berulang.

Tambahnya, beliau tidak pernah mengarahkan Google menutup ciri tersebut. Sebaliknya, Google Malaysia mengambil tindakan untuk berbuat demikian selepas mendapat maklum balas daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Saya tidak pernah arah Google tutup currency exchange di search box seperti yang sdr tuduh.@GoogleMsia ambil tindakan menurunkan widget itu selepas mendapat maklumbalas @BNM_official.

Pihak Google memaklumkan mereka masih menjalankan ujian dengan FX data provider yg… https://t.co/deTzJDvyhW

— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) August 15, 2024

Imbas kembali, Google pada Mac telah menyiarkan data tidak tepat mengenai kadar pertukaran ringgit berbanding AS$1. Kemudiannya, Google Malaysia telah membuat permohonan maaf dan mengalih keluar paparan kadar tukaran mata wang ringgit secara terus di Google Search.

Sehingga hari ini, paparan itu belum dikembalikan di Google Search dan memerlukan pengguna untuk membuat tukaran lain-lain mata wang sebelum memilih kadar MYR secara manual. Atau alternatif lain, pengguna perlu menggunakan laman web pihak ketiga seperti Wise, XE, Forbes dan sebagainya.

Berkaitan

  • Google Malaysia Mohon Maaf Berhubung Kesilapan Kadar Pertukaran Ringgit
  • Kadar Tukaran MYR Tidak Lagi Dipaparkan Secara Terus Di Google Search
  • Tindakan Google Nyahaktif Paparan Tukaran MYR Bukan Arahan Mana-Mana Pihak - Fahmi
  • Google Store Kini Tersedia Untuk Pasaran Malaysia

Sumber: Fahmi Fadzil

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY