Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kajian Universiti Jepun: Memandu Kereta Manual Boleh Latih Otak Lebih Baik

Kajian Universiti Jepun: Memandu Kereta Manual Boleh Latih Otak Lebih Baik

Diterbitkan Jun 30, 2026 · Dikemas kini Jun 30, 2026 oleh ariff bukhari

Kereta dengan transmisi manual (MT) semakin pupus dalam pasaran moden, namun kajian menunjukkan ia memberi manfaat besar kepada kesihatan mental, khususnya dalam pencegahan demensia.

Menurut Profesor Ryuta Kawashima dari Universiti Tohoku, memandu kenderaan dengan transmisi manual merangsang korteks prefrontal otak kerana ia memerlukan koordinasi tangan-kaki, penilaian gear, serta fokus berterusan.

Kajian Universiti Jepun: Memandu Kereta Manual Boleh Latih Otak Lebih Baik
Korteks prefrontal ialah bahagian otak (bahagian berwarna) yang terletak di hadapan lobus frontal. Kawasan ini merangkumi fungsi-fungsi luaran seperti perancangan, pengendalian impuls, pengambilan keputusan, serta pemrosesan emosi dan sosial. Korteks prefrontal berinteraksi dengan bahagian otak yang lain untuk memastikan manusia dapat bertindak secara rasional dan adaptif apabila berhadapan dengan pelbagai situasi.

Aktiviti ini bukan sahaja menjadikan pemanduan lebih menyeronokkan, malah membantu mengekalkan fungsi kognitif.

Walaupun kereta MT kini hanya mewakili 1–2% sahaja jualan baharu kenderaan, model seperti Honda N-VAN di Jepun dan Type-R serta model dari Toyota seperti GR86, GR Yaris dan GR Corolla dengan transmisi manual masih ditawarkan.

Kajian Universiti Jepun: Memandu Kereta Manual Boleh Latih Otak Lebih Baik
Toyota GR86
Kajian Universiti Jepun: Memandu Kereta Manual Boleh Latih Otak Lebih Baik
Toyota GR Corolla.
Kajian Universiti Jepun: Memandu Kereta Manual Boleh Latih Otak Lebih Baik
Honda Civic Type R

Sementara pengeluar kereta nasional di Malaysia, Perodua sahaja yang masih menawarkan pilihan kereta dengan transmisi manual menerusi model model mampu milik Axia dan Bezza, manakala barisan model kenderaan keluaran Proton sudah tiada lagi model dengan transmisi manual.

Kesimpulannya, kereta MT bukan sekadar nostalgia, tetapi simbol kepada asas pemanduan yang mantap sambil menggabungkan keseronokan, ketangkasan, dan manfaat kesihatan.

Jadi, bagi lelaki pertengahan usia, ia boleh menjadi pelaburan untuk minda yang sihat untuk jangka masa panjang.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • EV Kini Bekalkan Tenaga Kepada Rumah Di Sweden
  • EV Terbukti Lebih Hijau Berbanding Kereta Petrol - MIT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY