Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EV Terbukti Lebih Hijau Berbanding Kereta Petrol – MIT

EV Terbukti Lebih Hijau Berbanding Kereta Petrol – MIT

Diterbitkan Jun 25, 2026 · Dikemas kini Jun 25, 2026 oleh ariff bukhari

Walaupun sebelum ini sudah ditekankan tentang kelebihan EV yang tidak membakar bahan api fosil, pengkritik sering membangkitkan isu emisi EV yang datang daripada pembuatan bateri dan proses pengecasan.

Jadi, perdebatan yang telah berlangsung lamanya mengenai adakah kenderaan elektrik (EV) benar-benar lebih mesra alam berbanding kereta petrol mungkin akhirnya dinoktahkan..

Ia selepas kajian terbaru yang dibuat oleh Institut Teknologi Massachusetts (MIT)  memberikan jawapan yang lebih jelas iaitu EV secara konsisten menghasilkan pelepasan karbon lebih rendah berbanding kereta enjin pembakaran dalaman (ICEV).

Menurut kajian tersebut, EV mampu mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 40–60% berbanding ICEV, bergantung kepada keadaan setempat.

Faktor utama yang mempengaruhi keberkesanan EV pula ialah campuran tenaga yang menjana elektrik di sesebuah kawasan itu.

Bermakna, jika grid tenaga banyak bergantung kepada sumber boleh diperbaharui, manfaat EV adalah lebih besar.

EV Terbukti Lebih Hijau Berbanding Kereta Petrol – MIT
Graf menunjukkan bagaimana cara pemanduan dan cuaca setempat mempengaruhi jumlah asap kotor (emisi) tahunan serta jarak yang berjaya dipandu menggunakan kuasa elektrik bagi kereta jenis SUV kompak (crossover). Bar (Palang) menunjukkan jumlah pencemaran/emisi setahun. Diamond (Berlian) pula menunjukkan berapa jauh kereta itu bergerak guna elektrik.

Malah menurut kajian itu lagi, walaupun tenaga elektrik dijana daripada arang batu, EV didapati masih lebih baik daripada kereta petrol.

Kesimpulannya, data daripada kajian MIT ini mengukuhkan lagi bukti bertahun-tahun bahawa EV meninggalkan jejak karbon yang jauh lebih rendah berbanding kereta petrol, sekali gus mengukuhkan hujah bahawa peralihan kepada mobiliti elektrik adalah langkah penting untuk masa depan yang lebih lestari.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • EV Kini Bekalkan Tenaga Kepada Rumah Di Sweden
  • Selesaikan Isu Pemandu Kondo, Proton e.MAS Sedia 1,500 Pengecas EV Pada Kadar RM0.63/kWh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY