Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pandangan Pertama Rekaan G-Wagen Virgil Abloh x Mercedes-Benz

Pandangan Pertama Rekaan G-Wagen Virgil Abloh x Mercedes-Benz

Diterbitkan Ogos 24, 2020 oleh Nadiah Ab

Pada bulan Julai, Mercedes-Benz telah mengumumkan kerjasama dengan Virgil Abloh melalui laman Instagramnya. Dan kini, kita telah diperlihatkan pandangan pertama rekaan G-Wagen Virgil Abloh x Mercedes-Benz ini.

pandangan pertama rekaan g-wagen virgil

Tidak banyak yang diketahui mengenai “Project Geländewagen” ini selain dari tujuannya untuk menggabungkan fesyen dan seni dengan model Mercedes-Benz G-Wagen. Walaupun kolaborasi ini akan dilancarkan pada 8 September 2020, pengeluar kereta mewah tersebut telah berkongsi gambar-gambar acah mengenai apa yang akan ditampilkan.

Gambar-gambar yang dikongsi di laman Instagram Mercedes-Benz ini merangkumi gambar closeup “Project Geländewagen” yang sangat unik. Gambar-gambar tersebut menunjukkan elemen replika yang lain daripada lain. Ia termasuk cat berwarna kelabu-putih terang, odometer retro, dan perincian tayar bertulis “Geländewagen” – Bahasa Jerman untuk SUV – berwarna kuning terang.

https://www.instagram.com/p/CEHmVDLCEoo/?utm_source=ig_embed

“Project Geländewagen” akan dilelong akhir tahun ini dengan hasil yang akan disumbangkan kepada badan amal yang berfokus pada seni. Selanjutnya, pemenang lelongan ini akan mendapat akses eksklusif kepada pencipta bersama. Individu ini juga akan diperkenalkan secara peribadi mengenai inspirasi dan aspirasi di sebalik karya hebat ini.

Virgil Abloh juga ada menunjukkan gambar baju di laman Instagramnya yang berkemungkinan tinggi adalah sebahagian dari koleksi pakaian kolaborasi ini nanti.

https://www.instagram.com/p/CEJyvibJggb/?utm_source=ig_embed

Jadi apa pendapat anda tentang pandangan pertama rekaan G-Wagen Virgil Abloh ini?

Nantikan pelancaran Mercedes-Benz G-Wagen “Project Geländewagen” pada 8 September. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Mercedes-Benz.

Sumber: Hypebeast & Highsnobiety

Baca seterusnya: “adidas SuperEarth Superstar” Akan Hadir Pada 29 Ogos 2020

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY