"adidas SuperEarth Superstar" Akan Hadir Pada 29 Ogos 2020


"adidas SuperEarth Superstar" adalah kolaborasi terbaru antara adidas dan Sean Wotherspoon bakal dilancarkan tidak lama lagi. Sejak beberapa bulan yang lalu, Sean telah mula memuat naik gambar kasut adidas Superstar di laman Instagramnya. Akhirnya, adidas mengesahkan bahawa "adidas SuperEarth Superstar" akan berada di pasaran pada 29 Ogos 2020.



[embed]https://www.instagram.com/p/CEE2tLLpY2J/?utm_source=ig_web_copy_link[/embed]



Serupa rekaan Superstar yang lalu, kolaborasi ini dimulakan seperti projek-projek Sean yang lain. Menurut Sean, “My creative process usually starts with me digging into my memory, looking at my personal vintage pieces, and just resurfacing references that I can build off of for the particular project.






Mementingkan ketahanan, sebahagian dari bahagian atas kasut diperbuat menggunakan poliester kitar semula, lengkap dengan cetakan dan sulaman bunga. Gabungan pelbagai warna pada sulaman itu menjadikan rekaan kasut ini unik dan menarik.

Warna "biru langit" dikenakan pada panel eyestay, sementara jenama SuperEarth dicetak di lidah, dilengkapkan dengan logo adidas di bahagian tumit.






Selari dengan tema kitar semula, insole kasut direka menggunakan gabus dan outsole pula menggunakan getah yang terbuat daripada 10 peratus bahan kitar semula. Lebih menarik lagi, kesemua bahan yang digunakan dalam menghasilkan kasut ini termasuklah pewarna dan gam adalah dari produk bebas haiwan.

Sean Wotherspoon x adidas Originals SuperEarth Superstar boleh didapatkan di laman web adidas Originals dan di kedai-kedai terpilih seluruh dunia bermula 29 Ogos ini pada harga RM460.