Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kripto, AFP

Pakistan Rancang Jana Pendapatan Negara Menerusi Bitcoin Dan Pusat Data AI

Diterbitkan Mei 26, 2025 · Dikemas kini Mei 26, 2025 oleh ariff bukhari

Kementerian Kewangan Pakistan mengumumkan untuk mengalihkan sebanyak 2,000 megawatt lebihan kuasa ke pusat data kecerdasan buatan (AI) dan perlombongan mata wang kripto seperti Bitcoin.

Ia merupakan langkah strategik negara itu dalam usaha memanfaatkan sepenuhnya lebihan tenaga yang tidak digunakan sebelum ini bagi menjana pendapatan negara.

Langkah ini merupakan fasa pertama dalam inisiatif untuk menjadikan beban kewangan akibat tenaga tidak digunakan kepada peluang menjana hasil.

Ia ekoran banyak loji janakuasa negara itu  beroperasi di bawah kapasiti di mana walaupun kapasiti tenaga yang tersedia di Pakistan adalah sekitar 45,000 megawatt, namun permintaan tertinggi dalam negara itu hanyalah sekitar 30,000 megawatt sahaja pada musim panas.

Ini menyebabkan kerajaan tersebut tetap perlu membayar kepada penyedia tenaga walaupun tenaga tidak digunakan, menurut Institut Ekonomi Pembangunan Pakistan.

Jadi, dengan mengalihkan lebihan tenaga ini ke sektor teknologi seperti AI dan kripto yang memerlukan kuasa besar, Pakistan bukan sahaja mengurangkan pembaziran, malah membuka pintu kepada pertumbuhan ekonomi digital.

Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), sebuah pusat data 100 megawatt menggunakan tenaga yang setara dengan 100,000 isi rumah, menunjukkan betapa besarnya potensi ekonomi dalam sektor ini.

Namun begitu, di sebalik rancangan itu, isu penduduk Pakistan yang masih berdepan gangguan bekalan elektrik akibat sistem pengedaran yang lemah dan pengurusan sektor tenaga yang kurang cekap masih belum ditangani.

Malah, semakin ramai pengguna di negara itu mula beralih kepada tenaga solar untuk mengelak tarif elektrik yang tinggi sehingga menjejaskan hasil kerajaan Pakistan.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • China Lancar Bateri Supercas 1,400A Pertama Dunia, Cas Satu Minit Beri Julat 150km
  • Malaysia Sasar 10,000 Pengecas EV Siap Hujung 2025 — Termasuk Sabah Dan Sarawak

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Rekod 5,333 Ketidakpatuhan Standard Mandatori Liputan Telekomunikasi - Teo
  • 3 Earphone 'Flathead' Bawah RM40
  • Reka Proton e.MAS Impian Guna AI, Pengguna Berpeluang Miliki Model 3D Rekaan Sendiri
  • 2 Fon Telinga Baharu CMF Kini Di Malaysia, Harga Dari RM129
  • Dua Palet GPU RTX 5090 Dianggarkan Bernilai RM2 Juta Dilapor Hilang Sebaik Tiba Di Lapangan Terbang Brazil
  • OPPO Perkenal Masterclass, Tawar 60 Sesi Bengkel Fotografi Di Malaysia
  • Uruguay Cuba Penggunaan Kad Merah Dan Kuning Elektronik
  • Syarikat Infrastruktur AI Singapura Berhasrat Bangunkan Sehingga 500MW Kapasiti Pusat Data Baharu Di Malaysia
©2026 WISER.MY