Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Servis Penstriman Muzik Percuma Terbaru Dari Spotify

Pakej Spotify Untuk Pelajar, Ini Cara Nak Langgan

Diterbitkan Disember 6, 2021 · Dikemas kini Disember 6, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Berita baik untuk pengguna Spotify yang masih menuntut, anda kini boleh boleh menggunakan kelebihan sebagai pelajar untuk mendapatkan harga langganan Spotify yang lebih murah iaitu RM7.50 sebulan berbanding harga biasa RM14.90.

Spotify menggunakan perkhidmatan SheerID bagi pengesahan pelajar, sama seperti Deezer. Ini langkah memohon Spotify Premium Student:

  • Pergi ke laman pendaftaran pelajar Spotify.
  • Klik pada “Dapatkan premium” atau “Get Premium”.
  • Klik pada “Seterusnya” atau “Next”.
  • Isi maklumat dan pilih universiti atau kolej anda.
  • Muat naik dokumen yang mengesahkan anda seorang pelajar di institusi yang telah dipilih tadi.

spotify student 2

    • Bagi surat atau dokumen pengesahan ini, anda boleh mendapatkan surat pengesahan pelajar daripada pihak pengurusan universiti masing-masing.
    • Dokumen-dokumen ini perlu dikeluarkan dalam tempoh 3 bulan. Ini bermakna, jika anda mendaftar pada Disember, dokumen yang diterima adalah yang dikeluarkan antara Oktober sehingga Disember sahaja.
  • Selesai.
    • Anda hanya perlu menunggu maklum balas daripada Spotify melalui e-mel untuk arahan seterusnya atau kelulusan.

Baca juga:

  • Demi Adele, Spotify Buang Ciri Shuffle Pada Album Yang Dimainkan
  • Suka OST Dari Filem Atau Siri Netflix? Netflix Hub Jawapannya
  • Spotify Benarkan Pengguna Kongsi Lirik Ke Media Sosial, Ini Caranya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MySiren Kini Dilancarkan, Amaran Kecemasan Dihantar Terus Ke Telefon Dalam Kurang Seminit
  • CIMB OCTO Kini Boleh Anggar Jejak Karbon Daripada Perbelanjaan Kad
  • Wise Naikkan Had e-Wallet Kepada RM50,000, Tertinggi Di Malaysia
  • JPJ Wajibkan Pengguna Kemas Kini Maklumat Profil, Persediaan Untuk Ciri Digital Baharu
  • Signal Tambah Perlindungan Skrin Untuk Hadkan Akses Pembantu AI Seperti Gemini, Siri AI
  • CARSOME Premium Dilancar, Kereta Terpakai BMW Dan Mercedes-Benz Dengan Waranti Sehingga 5 Tahun
  • Pengesahan Pembangun Android Diperluas Ke Seluruh Dunia, Pelaksanaan Bermula Januari 2027
  • MyCERT Kesan Scam Bantuan Laptop Percuma, Laman STR Palsu - Akaun Telegram Jadi Sasaran
©2026 WISER.MY