Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Spotify Sedang Menguji Ciri Baru Stories Untuk Pengguna Berpengaruh

Spotify Benarkan Pengguna Kongsi Lirik Ke Media Sosial, Ini Caranya

Diterbitkan November 19, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Selain daripada melayan perasaan bersendirian, berkongsi lirik ke media sosial juga menjadi salah satu saluran meluahkan perasaan contohnya memberi ‘hint’ pada seseorang yang istimewa.

Ciri paparan lirik di Spotify sudah lama disediakan pada beberapa negara sebelum ini namun kerjasama dengan Musixmatch telah dihentikan pada 2016 menjadikan ciri tersebut terhenti seketika.

Terkini, Spotify mengumumkan fungsi lirik ini telah kembali namun pada kali ini ia tersedia untuk semua pengguna seluruh dunia. Pengguna juga boleh berkongsi lirik ke Instagram Stories, Facebook dan Twitter.

Untuk berkongsi lirik ke media sosial, ini langkahnya:

  1. Mainkan lagu.
  2. Tatal ke bawah.
  3. Tekan ruang lirik atau butang “Share” di bawah.
  4. Pilih baris lirik yang ingin dikongsi (maksimum 5, bergantung pada panjang baris)
  5. Tekan “Share”.
  6. Tekan pada petak lirik yang dijana untuk ubah tema warna.
  7. Pilih platform yang ingin dikongsi.

Untuk melihat lirik di komputer, anda boleh menekan ikon mikrofon di bahagian bawah, sebaris kawalan muzik lain.

Bagi SpotifyTV pula, pengguna boleh ke bucu kanan untuk menghidupkan ciri paparan lirik.

Bukan itu sahaja, tiga tema warna berdasarkan kulit album juga tersedia setiap kali pengguna menekan petak lirik yang dijana.

spotify lirik putih
spotify lirik dark green
spotify lirik green

Ciri paparan lirik ini turut tersedia pada Playstation 4, Playstation 5, and XBox One, Android TV, termausk FireTV, Samsung, Roku, LG, Sky dan Comcast.

Baca juga:

  • Pengguna iPhone Alami Isu Bateri Apabila Memainkan Spotify
  • Spotify Untuk Pelajar Kini Tiba Di Malaysia
  • Apple Music Kini Boleh Digunakan Di PlayStation 5

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY