Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Adele Spotify

Demi Adele, Spotify Buang Ciri Shuffle Pada Album Yang Dimainkan

Diterbitkan November 23, 2021 oleh Amsyar Latif

Ada yang suka dan ada juga tidak memainkan lagu secara rawak dalam sesebuah album. Jika di platform penstriman muzik popular sportify, ciri ‘Shuffle’ dalam album lagu diaktifkan secara lalai (default).

Namun, semuanya berubah kerana Spotify akhirnya membuang fungsi tersebut. Semua ini disebabkan penyanyi terkenal dari UK, iaitu Adele yang baru sahaja melancarkan album terbarunya “30”.

This was the only request I had in our ever changing industry! We don’t create albums with so much care and thought into our track listing for no reason. Our art tells a story and our stories should be listened to as we intended. Thank you Spotify for listening 🍷♥️ https://t.co/XWlykhqxAy

— Adele (@Adele) November 21, 2021

Menurut Adele, beliau meminta Spotify berbuat demikian disebabkan setiap lagu di dalam sebuah album mempunyai cerita tersendiri dan mengikut turutan. Bermakna, pendengar dapat menghayati apa yang cuba disampaikan oleh pengkarya muzik.

Sekiranya lagu dimainkan secara rawak, ia ibarat menonton sebuah filem tetapi dilangkau kepada bahagian tertentu. Akhirnya, terlepas detik-detik penting dalam sesebuah cerita.

Oleh itu, pengguna Spotify selepas ini dapat memainkan muzik dalam album mengikut turutan ‘track’ lagu. Akan tetapi, fungsi ‘Shuffle’ masih lagi boleh dibuat dengan mengaktifkannya secara manual.

Sumber: bbc

Baca juga:

  • Spotify Benarkan Pengguna Kongsi Lirik Ke Media Sosial, Ini Caranya

  • Spotify Untuk Pelajar Kini Tiba Di Malaysia

  • Apple Music Kini Boleh Digunakan Di PlayStation 5

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY