Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
spotify netflix hub

Suka OST Dari Filem Atau Siri Netflix? Netflix Hub Jawapannya

Diterbitkan November 24, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Dalam masa 2 minggu selepas Squid Game ditayangkan, lebih daripada 22,500 senarai main (playlist) telah dicipta pengguna Spotify, menunjukkan ramai penonton masih terikat dengan pengalaman menontonnya.

Dengan itu, Spotify dan Netflix telah bekerjasama menubuhkan Netflix Hub di Spotify. Ia adalah pusat sehenti untuk runut (OST), senarai main dan audio siar (podcast) dari filem dan drama Netflix.

Ini memudahkan pengguna untuk mendapatkan lagu yang mencuri tumpuan mereka kerana ia dikumpulkan secara rasmi berbanding senarai main yang dicipta pengguna lain seperti sebelum ini.

netflix hub

Buat masa ini, antara senarai main yang telah disediakan ialah runut daripada La Casa De Papel, Narcos: Mexico, Outer Banks, Squid Game, Bridgerton, Cowboy Bebop, Virgin River, On My Block dan lain-lain.

Audio siar pula seperti Okay, Now Listen, Netflix Is A Daily Joke, 10/10 Would Recommend, You Can’t Make This Up dan berkaitan drama seperti The Crown: The Official Podcast or Behind the Scenes: Shadow and Bone dan lain-lain.

Ia tersedia untuk pengguna di Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, the U.K., Ireland dan India. Walaupun begitu, daripada percubaan kami, ia tidak tersedia di aplikasi pada telefon namun boleh diakses melalui pautan INI.

Baca juga:

  • Ini Platform Nak Tonton Movie Popular Di Malaysia
  • Netflix Kini Rasmi Di Astro, Pelanggan Boleh Strim Guna Ultra Box
  • Aplikasi Amazon Prime Video Kini Di Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY