Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pakej Internet Khas Untuk ‘Riders’ Akan Diumum Hari Ini

Pakej Internet Khas Untuk ‘Riders’ Akan Diumum Hari Ini

Diterbitkan Januari 23, 2024 ยท Dikemas kini Januari 23, 2024 oleh ariff bukhari

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa beliau akan mengumumkan pakej Internet khas, khusus buat riders sahaja hari ini.

Di laman facebook rasmi beliau berkata, “Alhamdulillah, hari ini saya telah bertemu semua CEO telco, dan antara lain kami telah capai kata putus agar telco akan sediakan pakej khas untuk semua p-hailing riders di Malaysia dengan diskaun istimewa. Syukur Alhamdulillah, saya akan umum pakej ini esok (hari ini) 23 Januari 2024.”

Beliau menambah, “Kerajaan memahami kesusahan abang-abang riders kita yang bertungkus lumus menghantar makanan dan bungkusan untuk semua, lebih-lebih lagi di bawah terik matahari dan hujan lebat. Ini satu kemenangan kecil buat semua pekerja dalam industri p-hailing.”

Dalam hantarannya itu juga beliau menyatakan, para riders sebagai tulang belakang industri F&B dan barisan hadapan waktu Covid dan PKP dahulu. Peranan para riders adalah amat penting dalam memudahkan urusan harian pengguna setiap hari.

Berkaitan

  • Kereta Hibrid Makan Modal? Ini Kelebihan HEV Yang Ramai Tak Tahu
  • Lindungi Data Peribadi, Elak Muat Naik Secara Terbuka Dalam Talian
  • Pelanggan Celcom, Digi Perlu Tukar Pelan Baharu Untuk Akses 5G Percuma

Sumber: FB Fahmi Fadzil

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY