Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
celcom digi

Pelanggan Celcom, Digi Perlu Tukar Pelan Baharu Untuk Akses 5G Percuma

Diterbitkan Januari 22, 2024 ยท Dikemas kini Januari 22, 2024 oleh Amalina Athman

Lanjutan pengumuman Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengenai caj tambahan 5G, CelcomDigi baru-baru ini telah mengemas kini semua tawaran pascabayar dan prabayar di bawah pelan Digi dan Xpax, dengan mengalih keluar peningkatan sambungan 5G melalui “add-ons” di laman webnya.

Berkaitan

  • CelcomDigi fiber Dan Oyen Bersama Melindungi Pengguna Dengan Servis Digital Trust Baharu

Mula dilaporkan Lowyat.net, tinjauan mendapati penyenaraian pelan pascabayar dan prabayar Digi dan Xpax tidak lagi memaparkan “5G Booster” dan dialih keluar sepenuhnya.

Pelanggan Celcom, Digi Perlu Tukar Pelan Baharu Untuk Akses 5G Percuma
lowyat digi1
kredit: Lowyat.net
digi next
lowyat digi
kredit: Lowyat.net

Bagaimanapun, wakil Digi Support memaklumkan jika menggunakan pelan lama yang masih mempunyai caj 5G, pengguna perlu melanggan 5G booster yang dijual secara berasingan dengan kos sekitar RM10 hingga RM20 bergantung kepada pelan langganan.

Pelanggan Celcom, Digi Perlu Tukar Pelan Baharu Untuk Akses 5G Percuma
Pelanggan Celcom, Digi Perlu Tukar Pelan Baharu Untuk Akses 5G Percuma

Perkara yang sama juga terpakai untuk pelan Celcom Xpax.

Pelanggan Celcom, Digi Perlu Tukar Pelan Baharu Untuk Akses 5G Percuma
xpax 1

Atau sebaliknya, kedua-dua pengguna di bawah Digi dan Celcom Xpax boleh beralih kepada pelan pascabayar CelcomDigi 5G baharu untuk menikmati akses 5G tanpa had dan tanpa sebarang kos tambahan.

Terdahulu, pelan CelcomDigi 5G baharu telah diperkenalkan pada Disember dengan menawarkan akses 5G kepada pengguna tanpa sebarang caj tambahan. Walau bagaimanapun, pengguna sedia ada di bawah Digi dan Celcom Xpax/MEGA perlu beralih kepada pelan baharu untuk melanggan pelan ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY