Kereta Hibrid Makan Modal? Ini Kelebihan HEV Yang Ramai Tak Tahu

Semakin ramai pengguna menyahut seruan beralih kepada kenderaan yang lebih mesra alam sebagai usaha untuk memulihara alam sekitar, sama ada kenderaan elektrik sepenuhnya (EV) mahupun hibrid.

Namun, EV masih lagi baharu di Malaysia dan rata-rata rakyat tempatan belum bersedia ke arah itu. Oleh sebab itu, kenderaan hibrid lebih relevan. 

Malah, masih ramai yang salah faham tentang kereta hibrid. Jadi, di sini mari kita lihat apa kelebihan kereta hibrid atau HEV.

{snap}

Jimat minyak




Kenderaan hibrid menggabungkan penggunaan petrol dan bateri. 

Walaupun masih bergantung pada petrol sebagai bahan bakar utama, tetapi ia menawarkan penjimatan bahan api yang berlipat kali ganda dengan teknologi hibrid.

{snap}

Mesra alam




Untuk perjalanan singkat, HEV secara automatik akan beralih kepada bateri sepenuhnya. Apabila memecut dan perjalanan jauh pula, kenderaan hibrid berfungsi bersama-sama menggabungkan penggunaan petrol dan bateri.

Kelebihan HEV ini menjadikan pembakaran bahan api petrol yang sangat rendah tetapi memberikan perbatuan yang lebih jauh. Sekaligus mengurangkan kadar pengeluaran karbon pada tahap yang sangat ketara yang baik untuk alam sekitar.

{snap}

Kos penyelenggaraan rendah




Kenderaan hibrid sebenarnya lebih rendah kos penyelenggaraannya berbanding kenderaan petrol.

Ini terbukti dengan hasil kajian terbaru yang dijalankan oleh Consumer Reports yang mendapati kenderaan hibrid adalah 26% lebih kurang masalah berbanding kenderaan konvensional.

{snap}

Jaminan bateri sehingga 10 tahun




Dari segi kitaran pengecasan pada bateri kenderaan hibrid, ia memiliki kitaran yang lebih panjang. 

Malah tempoh jaminan untuk bateri HEV juga jauh lebih lama sepertimana yang ditawarkan Toyota iaitu sehingga 10 tahun (Jaminan eksklusif 8+2 tahun tanpa limit perbatuan).

{snap}

Bateri tidak perlu dicas




Sebenarnya, bateri kenderaan hibrid tidak perlu dicas secara manual pun. Ini kerana ia akan dicas secara automatik ketika kenderaan bergerak.

Jadi, anda tidak perlu bimbang isu kehabisan bateri dan pengecasan. Sebaliknya semua proses itu berlaku secara automatik dalam kenderaan hibrid tanpa anda sedar pun.

{snap}

Beri pengalaman baharu memandu




Memandu kenderaan hibrid secara tidak langsung memberikan pengalaman baharu kepada anda. 

Anda sememangnya akan terasa begitu berbeza apabila memandunya terutamanya dari segi penggunaan bahan api, kelancaran dan bunyi enjin yang lebih senyap berbanding kenderaan konvensional. 

Menjadikan pemanduan lebih selesa dan lancar.

{snap}

Lebih praktikal untuk penggunaan harian




Bateri yang tidak perlu dicas menjadikan kenderaan hibrid sebagai lebih praktikal untuk kegunaan harian mahupun perjalanan jauh.

Anda tak perlu bimbangkan bateri habis atau ketersediaan stesen pengecasan di lokasi yang dituju.

{snap}

Memberikan lebih banyak kuasa




Jangan tak tahu, kenderaan hibrid menghamburkan kuasa yang tinggi.

Malah kuasa yang dijana HEV adalah lebih tinggi berbanding kenderaan biasa kerana gabungan bahan api petrol dari kebuk pembakaran enjin dan kuasa yang didayakan rangkaian pemacu dari bateri.

{snap}

Teknologi lebih diyakini




Teknologi hibrid telah lama dibangunkan lebih 100 tahun dahulu. Malah kereta hibrid pertama di dunia telah pun berada di pasaran sejak tahun 1997 lagi menerusi Toyota Prius, jauh lebih dulu dari mana-mana EV yang ada sekarang.

Jadi, teknologi ini lebih diyakini pengguna untuk memandu dan menggunakan kenderaan hibrid untuk  tempoh yang panjang.

{snap}

Toyota peneraju HEV




Dapat disimpulkan, kenderaan hibrid adalah pilihan yang lebih sesuai untuk penggunaan di Malaysia.

Memandu kenderaan hibrid menambahkan lagi penjimatan berganda untuk perbelanjaan petrol dan penyelenggaraan selain memberikan lebih jarak perjalanan, keselesaan dan kemudahan memandu serta kelestarian alam sekitar.

Toyota yang menerajui dalam teknologi ini juga ada menawarkan model HEV di pasaran tempatan yang mampu dimiliki iaitu Corolla Cross Hybrid Electric dan Innova Zenix Hybrid Electric*Artikel ini dibawakan Toyota Malaysia

Klik untuk info lanjut

Berkaitan