Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
deadpool & wolverine

‘Deadpool & Wolverine’ Cipta 2 Rekod Dunia Guinness Baharu

Diterbitkan Julai 28, 2024 · Dikemas kini Julai 28, 2024 oleh ariff bukhari

Pelakon Ryan Reynolds dan Hugh Jackman telah dianugerahkan dua gelaran Rekod Dunia Guinness menjelang tayangan filem terbaru mereka, ‘Deadpool & Wolverine’ baru-baru ini.

Pertamanya adalah kepada filem terbaru Marvel itu di mana treler filem tersebut telah diiktiraf sebagai yang paling banyak ditonton dalam masa 24 jam.

Treler filem itu yang ditayangkan pertama kali semasa Super Bowl LVIII telah merekodkan sebanyak 365 juta tontonan global merentas semua platform dari 11-12 Februari 2024 lalu.

Screen Shot 2024-07-28 at 9.52.46 AM

Pengiktirafan kedua pula adalah khusus kepada pelakon Deadpool, Ryan Reynolds serta rakannya, Rob McElhenney (turut berlakon dalam filem tersebut sebagai pelakon tambahan).

Bagi anda yang tidak tahu, mereka berdua merupakan pemilik bersama kelab bola sepak Wrexham AFC.

Kelab tersebut telah dianugerahkan Rekod Dunia Guinness yang mengiktiraf Padang Lumba Kuda di Wrexham, Wales, UK, sebagai padang bola sepak antarabangsa tertua di dunia yang telah digunakan selama 147 tahun dan 31 hari pada 5 April.

Malah padang bole sepak tersebut masih digunakan sehingga ke hari ini.

“Ini sangat bermakna bagi saya dan nenek moyang Wales saya,” kata Reynolds.

‘Deadpool  & Wolverine’ Cipta 2 Rekod Dunia Guinness Baharu
Screen Shot 2024-07-28 at 9.51.30 AM

Anda boleh mengikuti siri dokumentari bertajuk “Welcome to Wrexham” yang kini sudah terdapat sebanyak 3 musim yang boleh ditonton di platform penstriman Disney+.

‘Deadpool  & Wolverine’ Cipta 2 Rekod Dunia Guinness Baharu

Kedua-dua pengiktirafan itu telah diberikan ketika bersiaran di ITV’s This Morning semasa temu bual dengan hos, Alison Hammond.

Berkaitan

  • Empayar: The Melaka Chronicles, Permainan RPG Buatan Malaysia
  • Platform Media Sosial, Pemesejan Dengan Minimum 8 Juta Pengguna Perlu Mohon Lesen Mulai 1 Ogos

Sumber: Guinness World Records

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY