Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Oscar 2029_

Oscars Akan Disiarkan Secara Percuma Di YouTube Bermula 2029

Diterbitkan Disember 18, 2025 · Dikemas kini Disember 18, 2025 oleh Amalina Athman

Anugerah Akademi, atau lebih dikenali sebagai Oscars, merupakan kemuncak penghargaan bagi pencinta filem, seni dan penceritaan. Kini, YouTube akan bekerjasama dengan Academy of Motion Picture Arts and Sciences untuk membawa acara berprestij itu kepada penonton di seluruh dunia.

Bermula 2029 dengan edisi ke-101, Oscars akan disiarkan eksklusif di YouTube secara percuma untuk penonton global, serta di YouTube TV di Amerika Syarikat. Siaran ini turut merangkumi liputan karpet merah, kandungan di sebalik tabir serta akses ke acara Governors Ball.

YouTube juga akan memudahkan penonton global mengikuti Oscars dengan menyediakan sari kata tertutup dan trek audio dalam pelbagai bahasa.

Film’s biggest night is headed to @YouTube, starting 2029. pic.twitter.com/5ckm1JyBC7

— The Academy (@TheAcademy) December 17, 2025

Selain itu, peminat filem di seluruh dunia akan mendapat akses kepada acara dan program Akademi lain melalui saluran rasmi YouTube Oscars. Antaranya termasuk Governors Awards, pengumuman calon Oscars, Student Academy Awards, Scientific and Technical Awards, temu bual ahli Akademi dan pembuat filem, program pendidikan filem, podcast dan banyak lagi.

Google Arts & Culture pula akan menyediakan akses digital kepada beberapa pameran dan program terpilih di Academy Museum, serta membantu mendigitalkan Koleksi Akademi.

Hak eksklusif global ini akan diteruskan sehingga 2033, menurut Academy of Motion Picture Arts and Sciences.

Sehingga itu, ABC yang dimiliki The Walt Disney Company akan terus menjadi penyiar rasmi Oscars sehingga edisi ke-100 pada tahun 2028, manakala siaran antarabangsa diteruskan melalui Buena Vista International milik Disney. Di Malaysia, Oscars sebelum ini boleh ditonton menerusi siaran televisyen berbayar.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • YouTube Premium Kini Dengan Audio Berkualiti Tinggi, Kelajuan Hingga 4x
  • YouTube Perkenal Ciri AI Baharu - Naik Taraf Video Secara Automatik Ke Resolusi Lebih Tinggi
  • YouTube Perkenal 'Recap' Pertama - Sorotan Tontonan, Minat Pengguna Sepanjang 2025

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY