Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Recap_1

YouTube Perkenal ‘Recap’ Pertama – Sorotan Tontonan, Minat Pengguna Sepanjang 2025

Diterbitkan Disember 3, 2025 · Dikemas kini Disember 3, 2025 oleh Amalina Athman

Dengan hanya beberapa minggu lagi sebelum 2025 melabuhkan tirai, musim sorotan (highlight) tahunan sudah pun tiba. Selain Apple Music, YouTube kini memperkenalkan Recap pertamanya untuk memberi gambaran tentang tabiat tontonan pengguna sepanjang tahun ini.

Sama seperti di YouTube Music, YouTube Recap menampilkan minat pengguna melalui pelbagai kad. Secara keseluruhan, terdapat 12 kad yang menyertakan pelbagai trend seperti saluran kegemaran, tabiat tontonan, jenis personaliti pengguna dan lain-lain.

SMT_Recap_Overview.max-700×3000.format-webp (1)
YouTube Recap_3
YouTube Recap_2

Menurut halaman sokongan YouTube, Recap memerlukan sejarah tontonan yang mencukupi dari Januari hingga akhir Oktober. Jika ciri sejarah tontonan dimatikan atau auto-delete diaktifkan, pengguna tidak akan menerima Recap.

Selain itu, pengguna perlu berumur 13 tahun ke atas dan log masuk ke akaun.

Bagi yang memenuhi keperluan ini, YouTube Recap boleh diakses terus di halaman utama YouTube atau di bawah tab “You”, sama ada melalui peranti mudah alih atau komputer.

YouTube Recap tersedia bermula hari ini bagi pengguna di Amerika Utara, dan akan diperkenalkan ke seluruh dunia pada minggu ini.

Berkaitan

  • YouTube Premium Kini Dengan Audio Berkualiti Tinggi, Kelajuan Hingga 4x
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • YouTube Perkenal Ciri AI Baharu - Naik Taraf Video Secara Automatik Ke Resolusi Lebih Tinggi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
©2026 WISER.MY