Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OriginOS KV

OriginOS 6 Sah Hadir Ke Malaysia, 500 Pengguna Terpilih Boleh Cuba Awal

Diterbitkan Oktober 3, 2025 oleh Amsyar Latif

Selepas bertahun dinantikan, vivo akhirnya mengumumkan bahawa sistem operasi terbaharunya, OriginOS 6, akan dilancarkan di Malaysia.

Sistem ini dibina berasaskan Android 16 dan direka untuk menawarkan pengalaman telefon pintar yang lebih pantas, pintar dan peribadi.

OriginOS 6 hadir dengan reka bentuk yang lebih segar, integrasi AI yang lebih pintar, sambungan rentas peranti yang lancar serta ciri perlindungan privasi yang dipertingkat. vivo menyifatkannya sebagai masa depan pengalaman pengguna untuk ekosistem mereka.

Menariknya, vivo Malaysia turut mengumumkan Preview Program eksklusif sebelum pelancaran rasmi. Bermula 15 Oktober ini, hanya 500 pengguna terpilih bagi model vivo X200 Pro akan diberi peluang mencuba sistem ini lebih awal.

Selain akses eksklusif, peserta juga berpeluang memberi maklum balas bagi membantu vivo menambah baik sistem operasi ini.

Bagi yang berminat, proses pendaftaran adalah mudah:

  1. Pastikan vivo X200 Pro anda telah dikemas kini ke versi sistem 15.0.14.1 atau lebih baharu.
  2. Pergi ke Settings > System Update > Settings (ikon kanan atas) > Trial version > Closed beta sign-up.
  3. Mohon secepat mungkin kerana slot adalah terhad.

Bagi pengguna vivo lain, pelancaran rasmi OriginOS 6 di Malaysia dijangka menyusul tidak lama lagi. Namun buat 500 peserta bertuah, mereka akan menjadi yang pertama merasai sendiri sistem operasi terbaru vivo yang mana sebelum ini terhad pengguna China sahaja.

Berkaitan

  • Seakan Apple Vision Pro, vivo Perkenal Vision Discovery Edition
  • Xiaomi HyperOS 3.0 Dilancar, Boleh Berkongsi Fail Dengan iPhone Tanpa Wayar
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY