Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo Vision_featured image

Seakan Apple Vision Pro, vivo Perkenal Vision Discovery Edition

Diterbitkan Ogos 22, 2025 · Dikemas kini Ogos 22, 2025 oleh Amalina Athman

vivo secara rasmi memperkenalkan Vision Discovery Edition, iaitu set kepala realiti campuran (MR) pertama syarikat itu di China.

Seakan Apple Vision Pro, vivo Perkenal Vision Discovery Edition

Rekaannya mengingatkan kepada Apple Vision Pro dengan visor hadapan kaca melengkung, kamera menghala ke bawah, pelindung cahaya fabrik boleh tanggal dalam empat saiz, lapan pilihan padding, tali belakang knitted serta pek bateri luaran berasaskan aluminium yang disambungkan melalui kabel braided.

vivo Vision_1
vivo Vision_4
vivo Vision_2
vivo Vision_3
vivo Vision_5
vivo Vision_6

Dengan berat hanya 398 gram, ketinggian 83 mm serta ketebalan 40 mm, ia menjadikannya 26% lebih kecil berbanding purata industri. Saiz yang lebih kompak ini turut meningkatkan tahap keselesaan secara keseluruhan.

Vision Discovery Edition dilengkapi skrin Dual Micro-OLED yang menawarkan resolusi 8K binokular,  94% DCI-P3 serta DeltaE<2 yang menghasilkan visual setanding monitor pawagam profesional. Kalibrasi turut dilakukan bagi memastikan kecerahan dan konsistensi warna antara kedua-dua mata.

Seakan Apple Vision Pro, vivo Perkenal Vision Discovery Edition
Seakan Apple Vision Pro, vivo Perkenal Vision Discovery Edition

Ia juga menyokong penjejakan mata berketepatan tinggi 1.5°, pengecaman gerakan hujung jari pada 26°, serta julat penjejakan menegak sehingga 175° bagi menawarkan kawalan yang lebih intuitif dan responsif.

vivo Vision_8

Dari segi prestasi, Vision Discovery Edition dijana cip pemproses Snapdragon XR2+ Gen 2 dan menjalankan OriginOS Vision. Peranti ini juga menyokong permainan VR, tontonan e-sukan 3D, serta paparan berbilang tetingkap untuk tugasan kerja yang lebih efisien.

Seakan Apple Vision Pro, vivo Perkenal Vision Discovery Edition

Buat masa ini, harga dan tarikh jualan vivo Vision Discovery Edition masih belum diumumkan, namun ia dijangka akan dijual sekitar 10,000 yuan (~RM5, 890) –  jauh lebih rendah berbanding Apple Vision Pro yang bermula pada $3,499 (~RM14,800).

Pengguna di China kini sudah boleh menempah slot bagi merasai sendiri pengalaman menggunakan set kepala itu.

Berkaitan

  • Apple Vision Pro - Cip M2, Paparan 23 Juta Piksel Dengan Harga ~RM16,000
  • Harga Apple Vision Pro Di Singapura Bermula S$5,299, Terhad 2 Unit Setiap Pembeli
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • vivo Dijangka Lancar VR Menyerupai Apple Vision Pro Tahun Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY