Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OriginOS 6 Bakal Temui Pengguna Global

OriginOS 6 Bakal Temui Pengguna Global

Diterbitkan September 24, 2025 · Dikemas kini September 24, 2025 oleh ariff bukhari

Akhirnya, vivo akan mengucapkan selamat tinggal kepada Funtouch OS yang digunakan di luar China apabila bakal melancarkan OriginOS 6 secara global.

Berasaskan Android 16, sistem operasi baharu ini akan diperkenalkan pada 10 Oktober 2025 di Persidangan Pembangun vivo.

OriginOS 6 menampilkan falsafah reka bentuk “Comfort Engineering” yang menekankan pengalaman pengguna lebih semula jadi dan intuitif.

OriginOS 6 Bakal Temui Pengguna Global
Pendaftaran bagi program pratonton OriginOS 6 juga akan dibuka pada 29 September ini.

Antara ciri baharu yang diperkenalkan termasuk skrin kunci dengan reka bentuk lutsinar, jam digital pintar yang menyesuaikan kontras mengikut pencahayaan, serta palet warna baharu yang bersatu dengan latar belakang.

vivo X300 dan iQOO 15 dijangka akan menjadi peranti pertama yang hadir dengan OriginOS 6.

Langkah ini sekali gus menamatkan strategi dwi-OS vivo, menjadikan OriginOS sebagai sistem utama untuk pasaran global.

Berkaitan

  • vivo V60 Dilancar Dengan Telefoto ZEISS 10x Zum, Harga Dari RM1,899
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • HONOR X9d 5G Dilancar, Kini Dengan Bateri 8300 mAh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY