Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR X9d Official Launch (2)

HONOR X9d 5G Dilancar, Kini Dengan Bateri 8300 mAh

Diterbitkan September 24, 2025 · Dikemas kini September 24, 2025 oleh ariff bukhari

HONOR Malaysia sebentar tadi telah melancarkan model terbaru telefon pintar HONOR X9d.

Meneruskan legasi sebagai telefon pintar paling tahan lasak di pasaran, HONOR X9d dinaik taraf kini dengan 3 kali lebih tahan lasak dari model terdahulu.

Dikuasakan cip Snapdragon 6 Gen 4, ia dipadankan dengan sokongan RAM sehingga 24GB (termasuk HONOR Turbo RAM 12GB) dan pilihan storan 256GB atau 512GB.

HONOR X9d 5G in Sunrise Gold
HONOR X9d 5G merupakan telefon pintar pertama yang menerima Pensijilan Prestasi Premium Rintangan Tiga Kali Ganda SGS. HONOR X9d 5G dalam Sunrise Gold.

Baterinya juga turut dinaik taraf di mana model sebelum ini hanya dengan bateri 6600 mAh, tapi kini ia dimuatkan dengan bateri besar 8300mAh yang menyokong 66W HONOR SuperCharge dan pengecasan berbalik 7.5W.

Untuk bahagian kamera utamanya pula, HONOR X9d 5G dilengkapi Kamera Ultra-Sensing 108MP yang menampilkan sensor 1/1.67 inci dengan penstabilan OIS + EIS.

HONOR X9d 5G ditawar dengan harga bermula RM1,499 bagi varian dengan storan storan 256GB dan RM1,699 bagi varian 512GB.

HONOR X9d 5G Retail Price

Kedua-dua varian ini didatangkan dalam pilihan warna Reddish Brown, Forest Green, Sunrise Gold, dan Midnight Black.

HONOR X9d 5G boleh didapati di seluruh negara mulai 10 Oktober 2025 ini.

Tapi untuk anda yang membuat tempahan awal, anda layak untuk menikmati hadiah percuma bernilai RM1,146.

HONOR X9d 5G Pre-order Free Gift_SM

Beli barisan produk HONOR dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clmzdqd
  • Lazada – https://invl.me/clmzdqa

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Ini Cara Paling Mudah Untuk 'Unsubscribe' Emel Di Gmail
  • OPPO A6 Pro 5G Dilancar, Telefon Tahan Lasak Berharga RM1,199

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY