Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo V60

vivo V60 Dilancar Dengan Telefoto ZEISS 10x Zum, Harga Dari RM1,899

Diterbitkan Ogos 26, 2025 · Dikemas kini Ogos 26, 2025 oleh ariff bukhari

vivo Malaysia hari ini melancarkan vivo V60 yang menampilkan teknologi fotografi hasil kerjasama rapat dengan ZEISS.

Telefon ini dilengkapi dengan kamera 50MP ZEISS Super Telephoto, 10x zum potret telefoto ZEISS  dan multifokal potret ZEISS pada jarak fokus 85mm dan 100mm, sesuai untuk potret profesional dan fotografi ketika di acara seperti konsert.

vivo V60 Concert photo 2
vivo V60 Concert photo

Selain kamera, vivo V60 hadir dengan rekaan premium tahan lasak, perlindungan IP68 & IP69 (mampu bertahan dalam rendaman sehingga 1.5 meter selama 120 minit), paparan dilindungi Diamond Shield Glass, dan bateri BlueVolt 6500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 90W.

vivo V60 Main KV
vivo V60 dikuasakan cip Snapdragon 7 Gen 4, menyokong sehingga 512GB ROM dan 12GB RAM (+12GB Extended). Ia mampu  memainkan permainan seperti MLBB pada kadar bingkai tinggi dan kadar segar 90 Hz.

vivo turut menekankan aspek produktiviti dengan integrasi AI Google Gemini, AI Smart Call Assistant, AI SuperLink (dioptimumkan untuk laluan MRT Kajang), serta ciri pengimejan pintar seperti AI Erase, AI Magic Move dan AI Photo Enhance.

vivo V60 All-in-one

vivo V60 ditawarkan dalam tiga warna menarik iaitu Berry Purple, Summer Blue, dan Mist Gray, dengan varian RAM 12GB + storan 256GB pada RM1,999 dan varian RAM 12GB + storan 512GB pada RM2,299,.

Tetapi, sempena pelancarannya, vivo V60 (varian RAM 8GB + storan 256GB) ditawar pada harga promosi, eksklusif dalam talian pada harga RM1,899.

Beli vivo V60 dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clmx86y
  • Lazada – https://invl.me/clmx86r

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Android Dan iPhone Akhirnya Akan Boleh Berkongsi Fail
  • Inifinix Pegang Rekod Dunia Guinness "Telefon Pintar Ternipis Dengan Paparan 3D Melengkung"

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY