Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Orbit Bumi Makin Sesak, India Rancang Lancar 50 Satelit Pengawal

Orbit Bumi Makin Sesak, India Rancang Lancar 50 Satelit Pengawal

Diterbitkan September 29, 2025 oleh ariff bukhari

India dilaporkan merancang untuk membangunkan satelit pengawal untuk satelitnya selepas hampir berlakunya insiden pelanggaran dengan satelit negara jiran pada pertengahan 2024 lalu.

Satelit tersebut menghampiri satelit ISRO dalam orbit  rendah  (LEO)  yang kini menjadi zon yang semakin sesak dengan satelit komunikasi dan ketenteraan.

Walaupun tiada pelanggaran berlaku, insiden itu dianggap India sebagai demonstrasi keupayaan strategik negara jirannya.

Sebagai tindak balas, kerajaan India merangka pelan keselamatan angkasa lepas bernilai ₹270 bilion (~RM15 bilion) termasuk pelancaran 50 satelit pengawasan sebagai “bodyguard“.

India juga bekerjasama dengan syarikat pemula untuk membangunkan satelit LiDAR dan radar darat bagi mengesan ancaman secara masa nyata.

India kini memiliki lebih 100 satelit, jauh mengatasi Pakistan (8 satelit) tetapi masih ketinggalan berbanding China (930+ satelit).

Pegawai India dan AS memberi amaran tentang ancaman ketenteraan angkasa dari China.

Ketika konflik dengan Pakistan pada Mei lalu, ISRO memainkan peranan penting dalam pemantauan dan komunikasi, manakala China dilaporkan membantu Pakistan melaras liputan satelit.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Taiwan Terdesak Untuk Bangunkan Satelit Komunikasi
  • PahangGo Diiktiraf Aplikasi Perkhidmatan Dengan Ciri Terbanyak Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
  • UUM Lancar Perkhidmatan Bas Elektrik Bernilai RM1.2 Juta
  • Tesla Roadster Dilancar, Tempahan Di Malaysia Bermula RM21,000
©2026 WISER.MY