Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO watch X2 Mini – 1

OPPO Watch X2 Mini Rasmi – Hayat Bateri 60 Jam, Pantau Pembakaran Lemak, Harga Bermula RM999

Diterbitkan Julai 1, 2025 oleh Amsyar Latif

Selain siri Reno14, OPPO Watch X2 Mini juga hadir ke pasaran Malaysia. Jam tangan pintar baharu ini mengetengahkan gabungan rekaan elegan bersaiz kompak dengan fungsi kesihatan dan kecergasan bertaraf profesional.

Sebagai jam tangan paling kompak OPPO setakat ini, Watch X2 Mini hadir dengan skrin bulat 1.32 inci dan dua pilihan warna menarik, iaitu Glimmer Gold dengan saduran emas ros 18K, serta Nebula Black yang klasik.

Watch X2 Mini menyokong lebih 100 mod senaman, termasuk 11 mod profesional seperti larian, berbasikal, dan latihan kekuatan.

Fungsi baharu seperti Fat Burning Evaluation membantu pengguna mencapai zon kadar degupan optimum untuk pembakaran lemak, manakala Mind and Body Evaluation menawarkan pandangan mendalam terhadap keletihan fizikal dan emosi melalui analisis HRV dan gaya hidup.

OPPO watch X2 Mini – 2

Turut disertakan ialah fungsi pemantauan tidur pelbagai dimensi, pengesanan jatuh, penjejak kitaran haid, dan muka jam Healing Watch Faces yang berubah mengikut keadaan emosi pengguna.

Dengan Dual-Engine Architecture, jam ini menggabungkan cip Snapdragon W5 dan BES2800BP yang membolehkan sehingga 60 jam penggunaan dalam mod pintar, dan 7 hari dalam mod penjimatan kuasa.

OPPO Watch X2 Mini Rasmi – Hayat Bateri 60 Jam, Pantau Pembakaran Lemak, Harga Bermula RM999

Ia juga menyokong Watch VOOC Flash Charging, di mana hanya 10 minit pengecasan diperlukan untuk penggunaan sepanjang hari.

Watch X2 Mini dilengkapi Wear OS by Google, menawarkan akses pantas kepada notifikasi, muzik YouTube, peta Google, aplikasi kegemaran, serta akan menyokong Google Gemini dalam masa terdekat.

OPPO Watch X2 Mini dijual pada harga RM999 (Nebula Black), RM1099 (Glimmer Gold) dan kini dibuka untuk prapesan sehingga 11 Julai 2025. Sempena pelancaran siri OPPO Reno14, pelanggan boleh menikmati rebat RM50 bagi setiap pembelian Watch X2 Mini bersama mana-mana peranti Reno14.

Berkaitan

  • OPPO Pad SE Kini Di Malaysia – Tablet RM599 Dengan Skrin Anti-Silau Dan Mod Kanak-Kanak
  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • Siri OPPO Reno14 Rasmi - MediaTek Dimensity 8450, Bateri 6,200mAh, Harga Dari RM1,399

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
©2026 WISER.MY