Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Pad SE

OPPO Pad SE Kini Di Malaysia – Tablet RM599 Dengan Skrin Anti-Silau Dan Mod Kanak-Kanak

Diterbitkan Mei 15, 2025 oleh Amsyar Latif

OPPO Malaysia telah melancarkan OPPO Pad SE, sebuah tablet serba boleh yang direka khusus untuk memenuhi keperluan hiburan keluarga di rumah dan juga produktiviti kreatif semasa bergerak.

Tablet ini tampil dengan bateri besar 9,340mAh yang mampu menyokong sehingga 11 jam tontonan video tanpa henti serta 80 jam muzik, disokong pengecasan pantas 33W SUPERVOOC.

OPPO Pad SE

Ketahanan jangka panjang turut dijamin dengan mod penjimatan kuasa pintar dan ketahanan penggunaan sehingga 800 hari dalam keadaan tidak aktif.

Dari segi paparan, OPPO Pad SE menampilkan skrin LCD Eye-Care 11 inci dengan teknologi Anti-Reflective Matte Display pertama dalam kelasnya, yang memberikan pengalaman membaca seperti atas kertas dan lebih mesra mata. Ia juga menerima pensijilan TÜV Rheinland untuk perlindungan mata.

OPPO Pad SE

Untuk pengguna muda, fungsi Personalised Kids Mode membolehkan ibu bapa mengawal masa skrin dan akses aplikasi dengan mudah. Ini adalah ciri penting untuk penggunaan bersama seisi keluarga.

Di sisi produktiviti, tablet ini dilengkapi integrasi AI Google Gemini dan AI Assistant for Notes, membolehkan interaksi pintar seperti menjana idea, menterjemah kandungan dan mengurus dokumen dengan lebih efisien.

Sambungan merentasi peranti juga dipermudah dengan O+ Connect, Screen Mirroring, serta ciri drag-and-drop untuk perkongsian fail lancar antara telefon dan tablet. OPPO Pad SE turut menyokong Communication Sharing, membolehkan tablet berkongsi rangkaian mudah alih dan GPS dari telefon secara automatik.

OPPO Pad SE

Ditawarkan dalam dua warna elegan — Starlight Silver dan Twilight Blue, OPPO Pad SE (4GB + 128GB) kini boleh diprapesan sehingga 24 Mei 2025 pada harga promosi RM599 (RRP: RM699). Pembeli juga boleh mendapatkan sarung tablet bernilai RM99 pada harga hanya RM1.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • OPPO Rancang Bagi Kemas Kini AI Setiap Bulan
  • OPPO Find X8 Ultra Dilancarkan - Snapdragon 8 Elite, Naik Taraf Lensa Periskop
  • OPPO Find X8s, X8s+ Turut Dilancarkan Dengan Cip Dimensity 9400+

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY