Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Sumbang RM100,000 Kepada Bomba Hasil Kempen OPPO A5 Pro

OPPO Sumbang RM100,000 Kepada Bomba Hasil Kempen OPPO A5 Pro

Diterbitkan Ogos 22, 2025 · Dikemas kini Ogos 22, 2025 oleh ariff bukhari

OPPO Malaysia hari ini menyerahkan sumbangan berjumlah RM100,000 kepada MASKAB (Majlis Sukan, Kebajikan dan Kebudayaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) hasil kempen pembelian OPPO A5 Pro.

OPPO sebelum ini telah mengadakan kempen di mana RM1 bagi setiap unit tmodel telefon pintar itu terjual akan disumbangkan kepada MASKAB.

WhatsApp Image 2025-08-22 at 12.33.25 (1)

Majlis penyerahan telah pun berlangsung di Ibu Pejabat Bomba Malaysia, Putrajaya, sebagai penghargaan kepada barisan hadapan bomba negara.

Acara turut disertai komuniti OPPO Ofans, media, dan anggota bomba, memperlihatkan semangat perpaduan dan sokongan.

OPPO A5 Pro

OPPO juga melancarkan Kalendar Edisi Terhad Malaysia 2026 yang memaparkan gambar wira bomba dirakam menggunakan Reno 14 Series yang boleh ditebus melalui aplikasi My OPPO bermula September ini.

WhatsApp Image 2025-08-22 at 12.33.25

Selain itu, OPPO sedang menjalankan kempen “Semangat Kebangsaan Bersama OPPO” dari 15 Ogos hingga 16 September 2025, menawarkan rebat bernilai RM6.8 juta, termasuk penjimatan sehingga RM300 untuk model terpilih dan diskaun PWP sehingga RM50 di OPPO Brand Stores.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Siri OPPO Reno14 Rasmi - MediaTek Dimensity 8450, Bateri 6,200mAh, Harga Dari RM1,399
  • CelcomDigi Dan Huawei Pertama Di Malaysia Tawar WiFi 7 Untuk Perniagaan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY