Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Untitled design-5

Kurang 24 Jam Saja Lagi Untuk Anda Sambar 2 ‘Game’ Ini Berharga Lebih RM200 Secara Percuma

Diterbitkan Ogos 28, 2024 · Dikemas kini Ogos 28, 2024 oleh ariff bukhari

Jika anda belum mendapatkan lagi 2 judul permainan ini dari stor Epic Games, baik anda lakukannya segera.

Ini kerana, 2 judul permainan itu, Gigantic: Rampage Edition dan The Callisto Protocol yang masing-masing berharga RM39.99 dan RM199 boleh dimuat turun secara percuma untuk masa terhad.

Tawaran ini akan berakhir esok malam (29 Ogos 2024) tepat pada jam 11.00 malam.

Kedua-dua permainan ini menerima ulasan yang positif dari pemainnya dengan menerima lebih daripada 4 bintang.

Bagi anda yang gemarkan permainan bergenre aksi dan berbilang pemain atas talian, Gigantic: Rampage Edition adalah permainan yang sesuai untuk anda.

Manakala bagi mereka yang gemarkan permainan bergenre seram dan berat, The Callisto Protocol pastinya memenuhi cita rasa anda.

Jadi, cepat sambar kedua-dua permainan ini sekali gus sementara percuma dari stor Epic Games.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Honor of Kings Dilihat Bakal Perkenal 'Skin' Lee Chong Wei
  • Lebih 10 Laman Lanun Anime Terbesar Telah Ditutup Secara Kekal
  • Syarikat Penerbangan Perlu Kembalikan Bayaran Penuh Jika Lewat Lebih 5 Jam - Loke

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY