Sebuah lagi peranti ialah Find N2 Flip di mana ia hadir dengan bentuk seperti Z Flip. Ia menjadi telefon pertama boleh lipat pertama dari OPPO dengan bentuk lipatan vertikal/menegak.
OPPO Find N2

Ia menggunakan cip Snapdragon 8+ Gen 1 dengan pilihan RAM LPDDR5 12GB dan 16GB. Storan UFS 3.1 pula sebesar 256GB atau 512GB.
Keluar dari kotak, telefon ini menjalankan Android 13 dan ColorOS 13.
Engsel Flexion terbaru ini mengurangkan ruang antara skrin hingga 67% serta menggunakan bahan seperti aloi yang lebih kuat dan gentian karbon. Ini menyumbang ke arah pengurangan berat peranti.

Bercakap tentang lipatan, skrin LTPO dalamannya bersaiz 7.1 inci dengan aspek nisbah 9.6:9. Selain itu, ia juga mempunyai kadar segar serendah 1Hz dan setinggi 120Hz. Kecerahan maksimumnya pula 1,550 nit.
Skrin luarannya pula berukuran 5.54 inci dengan nisbah 17.7:9 dan berkadar segar 120Hz. Diilindungi Gorilla Glass Victus, ia mempunyai puncak kecerahan 1,350 nit.

Kedua-dua paparan menyokong HRD10+ dan menggunakan sensor warna. Selain itu, OPPO menambah lapisan filem antisilau agar kandungan skrin masih dapat dilihat dalam keadaan cahaya yang terang.
Bagi fotografi dan rakaman video, OPPO Find N dilengkapkan 3 kamera di belakang dan 2 kamera swafoto.
Kamera utamanya ialah 50MP Sony IMX890, manakala 2 lagi 'mata' ialah 48MP sudut lebar dan 32MP telefoto.
Kamera swafoto pula menggunakan sensor 32MP, kedua-duanya.
Bicara tentang kamera, ia dikuasakan MariSilicon X selain sama-sama dibangunkan oleh Hasselblad.

Untuk penggunaan harian pula, bateri sebesar 4,700mAh menjadi nadi kuasa. Ia boleh dicas dengan kepantasan maksimum 67W. OPPO menjanjikan 37% dalam masa 10 minit dan pengecasan penuh dalam 42 minit.
Ditanya berkenaan ketersediaannya di sini, OPPO Malaysia memberi bayangan ia tidak akan dijual di Malaysia.
{suggest}
OPPO Find N2 Flip
Telefon ini dijana cip Dimensity 9000+ dan mempunyai 3 pilihan padanan RAM dan ROM iaitu 8/256GB, 12/256GB dan 16/512GB.
Apa yang menariknya ialah skrin luarannya hadir dalam bentuk empat segi memanjang vertikal, tidak seperti Huawei P50 Pocket dan Z Flip yang horizontal.

Dengan lipatan menegak, telefon ini hadir dengan skrin luaran OLED bersaiz 3.26 inci dengan kadar segar 60Hz bersama resolusi 382 x 720px.
Skrin dalaman pula menggunakan panel AMOLED LTPO berukuran 6.8 inci dengan kadar segar 120Hz. Sokongan HDR10+ turut disertakan di samping mempunyai liputan 97% DCI-P3. Kecerahan maksimum pula sehingga 1,600 nit.

Dua unit kamera di belakang terdiri daripada sensor 50MP dan 8MP sudut lebar (112°). Lensa 32MP pula dijadikan kamera swafoto. Tidak dilupakan, ia turut dibantu cip MariSilicon X.

Telefon ini dimuatkan dengan bateri sebesar 4,300mAh dengan sokongan pengecasan maksimum 44W.
Di China, harga pasarannya bermula 5,999 yuan iaitu sekitar RM3,800.
Model Find N2 Flip ini akan dilancarkan untuk pasaran antarabangsa termasuk Eropah pada tahun depan. Jadi, ada kemungkinan ia dibawa ke Malaysia kelak.
Sumber: GSMArena, Tech Advisor
Berkaitan
- OPPO Akan Lancarkan Dua Peranti Saingi Galaxy Fold Dan Flip
- OPPO Sah Tutup Unit Yang Bangunkan MariSilicon, Pekerja Turut Terkejut
- OPPO Dan OnePlus Umum Kerjasama Strategik, OnePlus Teraju Peranti Andalan
- Siri OPPO Reno7 Dah Rasmi, Ada 3 Model Untuk Dipilih
- OPPO A98 5G Berharga RM1399, Dilengkapi Snapdragon 695 Dan SuperVOOC 67W
- OPPO Jumpa Cara Selesaikan Masalah Bonggol Kamera Tebal, Akan Perkenal Minggu Depan
- OPPO Janji 4 Versi ColorOS Untuk Peranti Kelas Andalan Terpilih
- Menang OPPO A95 Dengan Hanya Tonton Perlawanan Harimau Malaya
- OPPO Pad Air Hadir Ke Pasaran Tempatan Dengan Harga Serendah RM1,099
- Bateri OPPO Reno6 5G Cecah Markah Tertinggi di DXOMARK